Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH) adalah sebuah NGO berdaftar pada 10 November 1997. Aktiviti utama Nadwah tertumpu kepada kegiatan dakwah bil hal. Tujuan utama Nadwah ditubuhkan adalah :
Menegak, mengembang, berdakwah dan memperjuangkan cita-cita Islamiah.
Memberi, mengadakan, mengurus pelajaran dan pendidikan Islam dalam apa-apa cara yang tidak bertentangan oleh agama Islam dan sah di sisi undang-undang.
Menggembleng tenaga masyarakat Islam untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan taraf kehidupan umat Islam dalam lapangan sosial, kebajikan, kebudayaan, falsafah dan teknologi.
Berusaha meningkatkan taraf hidup umat Islam yang kurang bernasib baik.
Menjalankan kegiatan memberi kemahiran kepada usahawan-usahawan agar dapat bersaing dengan usahawan lain.
Sejarah
Wujud di awal 80′an – merupakan gabungan biro-biro agama, kelab kakitangan jabatan-jabatan kerajaan.
Menjalankan kegiatan dakwah bil lisan dengan tumpuan kepada program-program ceramah agama, forum-forum agama, kursus-kursus perkahwinan, kem motivasi serta kutipan derma bagi diagihkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.
Didaftar secara sah pada 10 November 1997 dan tumpuan aktiviti bertukar kepada corak dakwah bil hal.
28 Jan 1999, memulakan perbincangan bagi penubuhan Pusat Hemodialisis Islam Makmur.
Mac 2003, memulakan perbincangan ke arah penubuhan PERMATA CAMAR.
Jan 2005, mencetuskan idea menubuhkan Pusat Pembimbing Komuniti/Pusat Dakwah.

BADAN NADWAH ISLAMIAH PAHANG, KUANTAN

[email protected]Email
+609 5178 703Phone Number
Established since 1997Year of Establishment
No 121 A, Tingkat 1, Bangunan MUIP, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.Address
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati