Asrama Anak-Anak Yatim Damai Kuang

Children, Single parents

Email addressasramadamai@gmail.com
Websitewww.facebook.com/asramadamai.kuang
Phone number+603 6038 2823
Fax number+603 6038 6207
Year of establishment1989
AddressKM28.5 Jalan Kuang, Lorong Teratai, Kampong Damai, 48050 Kuang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Sejarah kami

Idea untuk menubuhkan sebuah pusat perlindungan bagi anak-anak yatim di Kuang ini, bermula pada pertengahan tahun 1989. Sejarah bermula apabila seorang bapa telah meninggal dunia dengan meninggalkan 9 orang anak kecil dalam tanggungannya. Susulan daripada kejadian itu, anak-anak yatim tersebut telah dijadikan keluarga angkat oleh Tuan Haji Suhaimi Bin Dzajuli selama lebih kurang sebelas bulan.

Kebetulan pula pada masa itu, Tuan Haji Suhaimi Bin Dzajuli adalah Imam masjid Al-Islahiyah batu 17 ¾ Kuang. Hal ini pula diketahui oleh ahli jawatan kuasa Masjid Al-Islahiyah dan masing-masing merasakan bahawa suatu usaha yang lebih baik harus dilakukan demi kebajikan anak-anak tersebut di masa akan datang. Maka lahirlah satu kata sepakat untuk menubuhkan sebuah asrama anak-anak yatim di Kuang.

Alhamdulillah, hasrat ini terus menjadi kenyataan apabila seorang hamba Allah telah mewakafkan sebidang tanah seluas 0.5 ekar di Lorong teratai, Kuang bagi tujuan pembinaan asrama tersebut dan pemegang hak milik tanah tersebut telah diserahkan kepada Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Masjid Al-Islahiah Kuang telah menubuhkan Jawatankuasa sementara bagi menguruskan asrama anak yatim di tanah tersebut.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Suhaimi telah memulakan kerja-kerja bagi mendapatkan pembiayaan untuk membina bangunan asas bagi menempatkan anak-anak yatim tersebut. Pembiayaan daripada orang persendirian dan syarikat korporat telah membantu Jawatankuasa tersebut bagi membina satu blok penempatan bagi keluarga malang tersebut.

Perkembangan pusat ini telah menarik perhatian ramai dimana pada tahun 1991 seramai 74 orang anak-anak yatim telah di tempatkan di pusat ini. Kebanyakan mereka adalah penduduk yang berada di sekitar dan Negeri Selangor. Perletakan batu asas Asrama Damai ini pula telah dilakukan pada hari Ahad, 18 Oktober 1992 bersamaan 22 Rabiulakhir 1413 Hijrah oleh Y.B Dato’ Abu Bakar bin Abdul Hamid, DSSA, SMS, PPK, PJK. Beliau ketika itu merupakan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan.

Dari masa ke semasa penghuni asrama ini semakin bertambah dan pertambahan juga pada keluasan asrama tanah wakaf asrama kepada enpat ekar di atas nama waqaf untuk Asrama Damai, Kuang. Asrama ini pernah dikunjungi oleh Al-Marhum Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, bersama bersama Tuanku Permaisuri untuk mencemar duli bagi melawat seluruh kawasan asrama ini.

Keperluan kami

Pada masa ini asrama menempatkan seramai 116 orang anak-anak yatim serta 11 orang ibu-ibu tunggal yang menghuni asrama ini. Manakala bagi tenaga pengurusan asrama ini melibatkan 15 orang dan dibantu oleh ibu-ibu tunggal tersebut. Perbelanjaan bagi menguruskan asrama melibatkan kos yang tinggi dan semakin meningkat dimana dianggarkan sebanyak RM 30 – 40 ribu sebulan diperlukan bagi membiayai perbelanjaan bulanan asrama.

Pembiayaan asrama ini adalah melalui pembiayaan pihak swasta dan orang perseorangan dan pihak pengurusan asrama sentiasa berusaha keras bagi memberi kehidupan yang lebih baik kepada anak-anak yatim disini demi menjamin masa depan mereka yang lebih cerah dan sempurna.

Misi kami

  • Persatuan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim Damai Kuang Selangor mempunyai satu misi utama dalam menjaga dan prihatin kepada aspek perlindungan kepada anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal di Malaysia.
  • Menyediakan keperluan asas dan utama kepada semua penghuni asrama seperti; makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan.
  • Menitikberatkan soal pendidikan, pemakanan, kesihatan, dan sebagainya dalam penyediaan anak-anak yatim menjadi sebagai satu entiti yang diiktiraf oleh masyarakat Malaysia.

 Objektif kami

  • Menyediakan keperluan asas dan utama yang lengkap iaitu;
  1. Penyediaan makanan
  2. Kelengkapan pakaian
  3. Tempat tinggal – Infrastruktur yang lengkap dan selesa
  4. Pendidikan – Formal dan tidak formal
  5. Penjagaan kesihatan
  • Membangunkan pendekatan yang sistematik bagi mengenalpasti, mengukur dan menilai.
  1. Tahap kesihatan penghuni asrama dari masa ke masa.
  2. Tahap pendidikan penghuni asrama yang telah ketinggalan dari segi pendidikan formal.
  3. Memastikan perlindungan kehidupan kepada ibu-ibu tunggal.
  4. Menjadikan Asrama Damai sebagai pusat pendidikan kecemerlangan anak-anak yatim.

 


 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!