SEJARAH PENUBUHAN

Asrama Bakti ditubuhkan pada tahun 1987 dan mula diduduki sepenuhnya dalam tahun 1988. Ia dirasmikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan pada tahun 1992. Matlamat utama tertubuhnya asrama ini adalah untuk membela nasib anak-anak yatim dan miskin di dalam jajahan Machang untuk meneruskan pelajaran dengan lebih baik dan selesa. 

PENTADBIRAN

Asrama Bakti diletakkan dibawah jawatankuasa pengurusan asrama yang dibentuk secara sukarela dan dipengerusikan sendiri oleh YABRS Ketua Jajahan Machang. Penyeliaan, penjagaan dan pengurusan makan minum dilaksanakan oleh seorang penyelia bersama isterinya secara sukarela. Sumber kewangan asrama hanya mengharapkan derma dan sumbangan dari orang perseorangan dan badan-badan swasta.

 

PENGHUNI

Penghuni Asrama Bakti meningkat dari tahun ke tahun. Tahun 2015 mencatat lebih kurang seramai 35 orang penghuni. Rata-rata mereka adalah dari Jajahan Pasir Mas, Kuala Krai dan Machang. Mereka berumur dalam lingkungan 7 hingga 17 tahun dan bersekolah di sekitar Machang dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak asrama.

KEJAYAAN PENGHUNI

Meskipun pelajar-pelajar terdiri daripada golongan yatim lagi miskin, tetapi kegigihan dan usaha mereka dalam menimba ilmu pelajaran adalah membanggakan. Asrama Bakti juga mampu mengeluarkan pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sabah – jurusan kewangan antarabangsa, Universiti al-Azhar Cairo – bidang dakwah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) – kajian penyaki, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya.

 

ANGGARAN PERBELANJAAN

Setiap tahun jawatankuasa terpaksa berusaha untuk mendapatkan bantuan sebanyak sekurang-kurangnya RM 110,000.00 setahun daripada orang ramai , kerajaan, badan swasta dan sebagainya untuk menghidupkan dan meneruskan kesinambungan asrama anak yatim ini.

Perbelanjaan makan minum 7.00 x 30 x 30 = RM 6,300.00

Air dan eletrik   = RM 1,800.00

Tambang bas   = RM 750.00

Mesin rumput  = RM 250.00

Jumlah             = RM 109,200.00

No. Akaun : BIMB 3045 0100 1021 5

Learn More

Asrama Bakti Machang Jawatankuasa Pengurusan Asrama Pelajar Yatim

[email protected]Email
asramabakti.wixsite.com/asramabaktimachangWebsite
+609 975 2962Phone Number
+609 975 3325 Phone Number
Established since 1987Year of Establishment
Asrama Bakti, Batu 25, Machang, KelantanAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati