Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim & Miskin (PAYASUM)

Children, Support Groups

Email addresspayasum2010@gmail.com
Websitepayasummelaka.blogspot.my
Phone number+606 3512 364
Fax number+606 3510 634
AddressLembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim/Miskin,km 18, Kampung Rumput Jaya, Sungai Udang, 76300 Melaka
Registration number1116
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Visi kami

Menjadi pusat jagaan anak yatim yang mesra, berkesan dan cemerlang

Misi kami

Membentuk individu yang berkualiti, berdasaran ilmu pengetahuan, bimbingan dan modal insan.

Objektif kami

Mencapai tahap pendidikan terbaik menerusi lathan dan bimbinga, membentuk akhlak peribadi mulia serta insan berketrampilan.

Sejarah kami

Bermula pada tahun 1940 dengan sebuah madrasah, yang telah di beri nama Madrasah Diniah oleh Tuan Guru Haji Abdul Wahid bin Othman. Pada mulanya Madrasah ini hanya berbumbungkan atap rumbia dan berdindingkan kayu. Berkalan elektrik dan air masih belum ada.Jumlah pelajar pada permulaannya hanya seramai 40 orang sahaja. Murid-murid permulaannya ialah anak-anak kampung sahaja. Pada tahun 1943, barulah Madrasah ini mula menerima pelajar dari luar negeri melaka. Pada tahun 1944, dengan sokongan ahli-ahli kariah dan orang ramai maka dapatlah membina sebuah Madrasah baru yang panjangnya anggaran 120 kaki dan lebar 50 kaki 2 tingkat.Madrasah baru itu, boleh menempatkan 100 orang pelajar. Pada tahun1950, sebuah madrasah perempuan di bina di belakang rumah Tuan Haji Abdul Wahid dengan bangunan 2 tingkat yang boleh menempatkan seramai 60 orang.

Pada tahun 1954, bermulanya usaha memelihara anak-anak yatim dan nama asramanya adalah Darul Aitam. Keluasan asrama tersebut berukuran, 100 kaki dan lebar 40 kaki. Asrama tersebut telah menempatkan seramai 60 orang anak-anak yatim lelaki. Pada Disember 1960 telah berlaku satu kebakaran yang telah meranapkan dua buah bangunan Madrasah (L/P) termasuk rumah Tuan Guru Hj Abdul Wahid,dan kesemua harta benda tidak dapat di selamatkan.Tidak ada kemalangan nyawa yang telibat di dalam kebakaran tersebut. Pada bulan Mac 1963, Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin telah di daftarkan dengan No.Pendaftaran 1116(Malacca). Pengurusinya ialah Tuan Guru Hj Abdul Wahid dan dibantu bersama Tuan Hj Aman Bin Bachik sebagai Setiausaha merangkap guru agama dan pegawai syarak Kariah Paya Rumput. Peringkat permulaan, penjagaan anak-anak yatim seramai 80 orang lelaki dan 50 orang perempuan. Sumber perbelanjaan pada masa itu hanyalah sumbangan orang ramai.

Pada tahun 1965, telah dibina sebuah Madrasah Nuriah ( lelaki ) di pekan Sungai Udang yang boleh menampung 200 orang pelajar. Pada tahun, 1966,anak-anak yatim leleki telah di pindahkan ke Madrasah Nuriah.Madrasah itu diuruskan oleh Ust.Hj Jaliludin anak sulung Allahyarham Tuan Guru Hj Abdul Wahid. Pada tahun1991, sebuah bangunan kekal untuk asrama perempuan 3 tingkat telah dapat dibina dari sumber bantuan pihak kerajaan dan orang ramai dengan perbelanjaan RM 400,000,00. Nama ringkas “ PAYASUM ” telah diterima pakai mengikut keputusan mesyuarat Agung kali ke 40 pada tahun 1995. Pada tahun 1996, pihak pengurusan telah dapat membina sebuah dewan makan dengan anggaran kos RM 100,000,00 dari sumber pihak kerajaan dan orang ramai.

Pada tahun 2001, pejabat telah dinaik taraf dari sumber bantuan kerajaan.Pada tahun yang sama, PAYASUM juga telah mendapat peruntukan untuk membina projek tiga dalam satu bangunan melibatkan :

  1. Pejabat PAYASUM
  2. Surau PAYASUM
  3. Sek.Ren. Agama

 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!