Siapa kami

Persatuan bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor (PBKKAJ) dirasmikan penubuhannya pada 21 hb Mei 1979. Semasa awal penubuhan ianya berfungsi menyediakan perkhidmatan sukarela melaksanakan program latihan, pemulihan dan bimbingan untuk kanak-kanak dalam kategori kerencatan akal. Mulai 8hb Julai 1983 PBKKAJ telah menubuhkan Pusat Pendidikan Kanak-Kanak Kerencatan Akal dan beroperasi di sebuah rumah.
Komitmen kami
PBKKAJ komited menjana usaha menyediakan perkhidmatan sukarela mempertingkatkan potensi golongan insan yang mengalami kepelbagaian spektrum ketidakupayaan mental untuk turut dapat mengecapi bersama arus pembangunan negara dan menempuhi kehidupan yang lebih sempurna.
Misi kami

• Menyelaras sumber tenaga sukarela dan profesional, menjana kesedaran, kefahaman, penerimaan dan penglibatan masyarakat umum secara bersepadu melaksanakan perkhidmatan kebajikan yang relevan dan berkualiti untuk golongan kanak-kanak kerencatan akal.
• Memastikan kanak-kanak ketidakupayaan mental mendapat penjagaan, bimbingan, pendidikan dan latihan yang bersesuaian dengan tahap ketidakupayaan mereka.
• Melaksanakan Kajian Tindakan mengenai punca, kaedah pencegahan, pengubatan dan pemulihan, pendidikan dan latihan yang bersesuaian.
• Mewujudkan kesedaran masyarakat menerusi media massa, media elektronik, media cetak, seminar, forum, kursus dan bengkel.
• Menggalakkan penyertaan ibu-bapa dalam program Persatuan supaya lebih memahami visi PBKKAJ demi kepentingan anak-anak mereka.
• Mempertingkatkan kewangan persatuan melalui projek amal untuk melaksanakan program khusus untuk kanak-kanak kerencatan akal dengan lebih berkesan.

Keperluan kami

Sukarelawan dialu-alukan.

Sumbangan berbentuk barangan boleh diberikan dengan mengisi borang derma: http://pbkkaj.org.my/borang/borang_sumbangan.pdf

Anda boleh menyumbang wang tunai atau cek ke akaun bank kami

No. Akaun: 311-246136-001
Nama Bank: HSBC Bank Malaysia Berhad
Alamat: No. 1 Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Baharu

Aktiviti kami

Setiap tahun Persatuan Bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor menganjurkan aktiviti amal bagi tujuan tabungan dana untuk mengelola dan membiayai kos operasi Sekolah Kanak-kanak Istimewa Johor Baru.

Hari Bendera

Edaran Tabung “Hari Bendera” ke sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, Institusi Pendidikan Guru dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta seluruh negeri Johor.

Karnival Jualan
Menganjurkan Karnival Jualan yang mendapat khidmat sokongan dan bantu daripada agensi kerajaan,  pihak swasta, ahli persatuan  dan masyarakat di daerah Johor Baru

Konsert Amal / Tayang Amal Perdana / Jamuan Amal / “Dinner Show” 
Menganjurkan Konsert/Jamuan Amal dan “Dinner Show” dengan penglibatan selebriti undangan untuk disertai oleh badan korporat dan orang perseorangan.

Sila hubungi PBKKAJ untuk keterangan yang lebih lanjut.

Laman Facebook kami di sini.

Persatuan Bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor (PBKKAJ)

Hajah Wan Nur Hanizah Bt. Kamaruddin (Honourable Secretary)Contact Person
[email protected]Email
+607 224 7243Phone Number
+607 223 7245Phone Number
+607 224 0962Fax Number
Established since 1979Year of Establishment
PPM-007-01-21051979Registration Number
Lot 17882, Jalan Gertak Merah, 80000 Johor Bahru, JohorAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati