Pertubuhan Kebajikan Amal Al-Ummah

Children, Education

Email addresspkaummah@gmail.com
Websitepkaummah.wixsite.com/pertubuhan
Phone number+60102254459
Year of establishment2017
AddressLot 42182-4, Jalan Kenanga, Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Registration numberPPM-008-10-06102017
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Pertubuhan Kebajikan Amal Al-Ummah ini ditubuhkan oleh beberapa orang penggerak yang berpengalaman dalam bidang pendidikan dan kebajikan antaranya:
1. Dr Abd Rahman bin Kurais
2. Dr. Hj Saidin bin Teh
3. Dato’ Hadzir bin Md Zain
4. Puan Nafisah bt Mohd
yang aktif melalui WADAH dan Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah.

Atas kesedaran dan tuntutan agama untuk menjaga anak yatim dan asnaf dalam memberi pendidikan terutama sekali pengajian Al-Quran, Pusat Pengajian Quran Al-Ummah ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kebajikan Amal Al-Ummah, bertempat di Kg Sg Ramal Dalam, Kajang.

Pusat Pengajian Quran Al-Ummah menawarkan pilihan modul yang unik menepati kesesuaian para penuntut ilmu Al-Quran dengan keutamaan pada Al-Quran, Subjek Diniyah dan Bahasa Arab.

Pengalaman Dr Abd Rahman bin Kurais menguruskan program pensijilan usahasama antara Asasi Sains UIAM dan Darul Quran bagi pelajar-pelajar lepasan SPM selama 12 tahun juga memberikan latarbelakang bagi modul untuk pelajar lepasan SPM.


 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!