Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor(Rumah Barkat)

Children, Support Groups

Email addresspkayj@rumahbarkat.org
Websiterumahanakyatimbarkat.blogspot.com/
Phone number607 223 4664
Address118, Jalan Bukit Cagar, 80300 Johor Bahru
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Siapa kami

Rumah anak yatim di bawah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ) dikenali sebagai Rumah Barkat. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ) telah ditubuhkan pada hari Ahad 1 Januari 1978 di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah , Jalan Duke, Johor Bahru.

Dengan semangat yang penuh kesedaran dan keinsafan ahli-ahli perseorangan, sukarelawan, pertubuhan politik dan kebajikan sukarela, pegawai-pegawai kerajaan dan ahli perniagaan yang hadir pada hari itu telah bersetuju menubuhkan PKAYJ untuk memberikan bantuan, pertolongan, bimbingan, asuhan didikan rohani dan jasmani agar anak-anak yatim piatu / yatim bapa ini menjadi seorang insan yang terbela hidupnya dan bertakwa.

Pada 30 Oktober 1979 Kerajaan Negeri Johor telah meminjamkan sebuah rumah kediaman pegawainya di No. 118, Jalan Bukit Cagar, Johor Bahru kepada pertubuhan ini dan PKAYJ telah menamakannya “ RUMAH BARKAT ”.

Visi kami
Menjadikan Rumah Barkat, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor sebagai rumah idaman anak-anak yatim yang terulung.

Misi kami
Memberi kesedaran kepada anak-anak yatim bahawa yatim bukanlah suatu tembok penghalang untuk mencapai matlamat hidup cemerlang.

Matlamat kami
Berusaha melahirkan insan berilmu, berakhlak untuk mencapai kesejahteraan diri, bagi keharmonian, kemakmuran serta sejahtera di dunia dan akhirat.
Laman Facebook kami di sini.


 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!