Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/ Miskin Klang (PEYAKIN)

Children, Education, Women, Youth

Contact personPn. Siti Zaleha Bt. Malik
Email addresspengurusan@peyakinklangselangor.org
Websitewww.peyakinklangselangor.org
Phone number+603 3341 2513
Fax number+603 3341 2513
Year of establishment1974
AddressKM3, JLN HJ SIRAT OFF JLN MERU, BATU BELAH, 41050 KLANG, SELANGOR
Registration number1394 Selangor
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Sejarah kami

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/ Miskin Klang (PEYAKIN) telah ditubuhkan pada tahun 1974 (No. pendaftaran Pertubuhan 1394 Selangor). pada masa ini ditempatkan di Batu 3 1/2 Jln Kapar, Klang dengan nama Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim/ Miskin Klang atau PEYAKIN pada 01 April 1984.

Peyakin telah memperoleh sebidang tanah dari Kerajaan Negeri Selangor di Lot 3441 Mukin kapar seluas 575,854 ekar pada tahun 1977 dan menjai hak milik pada 14hb Mac 1983. Perletakan batu asas pembinaan kompleks ini dilakukan pada 31hb Mei 1979 oleh Almarhum DYMM Tengku Ampuan Rahimah Al Hajjah Binti Almarhum Sultan Abdul Aziz selaku Penaung PEYAKIN.

Seramai 80 orang anak-anak yatim dibawah jagaan PEYAKIN telah dipindahkan ke kompleks asrama setelah siap pembinanya pada 14hb Mei, 1980.

Pada tahun 1997, bangunan baru (yang ada sekarang) telah dimulakan pembinaannya dan siap pada penghujung tahun 1998. Awal Disember 1998, anak-anak PEYAKIN telah berpindah ke asrama baru.

Matlamat kami

i) Untuk memberikan perlindungan, menanam disiplin, memajukan pendidikan dan berdikari yang dipenuhkan dengan bimbingan.
ii) Untuk mendidik dan membekalkan ilmu dunia dan akhirat supaya mereka menjadi insan yang berjaya.

Wawasan kami adalah untuk memelihara Pertubuhan ini dan dapat membangunkannya dengan pendapatan yang tetap secara sendiri selain sumbangan dari kerajaan dan orang ramai.

Misi kami

i) Memberi peluang kepada anak-anak untuk merasai kehidupan berkeluarga dan mencapai cita-cita mereka.
ii) Mencetuskan dan membangkitkan kesedaran dalam diri anak-anak untuk memajukan diri seterusnya cemerlang dalam bidang akademik, rohani serta sahsiah

Visi kami

PEYAKIN Klang Selangor dapat melahirkan generasi yang kompetitif, intelektual, berguna serta bertangungjawab kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.


 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!