Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor ( Rumah Bakti Dato’ Harun )

Children, Education

Contact personOsman Ishak
Email addressrmhbakti@hotmail.com
Websiterumahbakti.com.my
Phone number+603 4256 8880
Phone number+603 4251 4811
Fax number+6013 614 1940 / +6012 332 6291
Year of establishment1966
AddressKM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Registration numberARS/Sel/50/66
Tax exempt charityYes
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Siapa kami

Demi rasa tanggungjawab dan simpati terhadap golongan anak-anak yatim, sekumpulan aktivis masyarakat dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya menubuh dan mendaftarkan “Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor” mengikut Nombor Pendaftaran ARS/Sel/50/66 pada 16 Ogos 1966.

Dengan kelulusan pendaftaran ini, Jawatankuasa berkenaan telah bergerak cergas untuk mencapai matlamat penubuhannya. Atas jasa Y.Bhg Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris dan isteri Y.Bhg Datin Salmah Suleiman, Kerajaan Negeri Selangor telah mengurniakan sebidang tanah di Mukim Hulu Kelang (HS.231) seluas 4.8 ekar mengikut dokumen kelulusan bilangan PHT.G.2/139/75. Untuk menentukan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya Y.Bhg Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris telah dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan ini.

Hasil dari usaha gigih mereka inilah, beberapa program telah dijalankan seperti Majlis Jamuan Makan Malam, Tayangan Perdana serta rayuan kepada ahli-ahli, Pertubuhan ini telah berjaya mendirikan bangunan Rumah bakti dengan kos sebanyak RM158,107.81. DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Sultan Selangor telah perkenan untuk menjadi Penaung RBHK. Pada peringkat awal, pengambilan anak-anak yatim telah mula dibuat pada tahun 1976 iaitu seramai 26 orang yang terdiri daripada 13 lelaki dan 13 perempuan yang berumur antara 6 hingga 12 tahun. RBHK telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 5 Mac 1977. Dari setahun ke setahun jumlah anak-anak yatim telah bertambah dan sehingga kini pada tahun 2010, Rumah Bakti dihuni oleh seramai 81 orang yang berumur daripada 7 hingga 17 tahun.

Pada 2 Mac 1982 dua buah blok asrama dua tingkat yang baru telah siap dibina. Kedua blok asrama tersebut bernilai RM600,000.00 dan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan hasil derma orang ramai. Sebuah surau juga telah dibina pada tahun 1984. Pada tahun 2009 sebuah surau baru telah dibina bagi menggantikan surau lama. Surau baru ini telah disumbangkan oleh Y. Bhg Datin Salmah Sulaiman, isteri Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris. RBHK telah mendapat perpustakaan baru pada tahun 1989. Perpustakaan ini menjadi Pusat Sumber pada tahun 1997. Oleh kerana RBHK telah mendapat surau baru, maka surau lama yang dibina pada 1984 itu diubah suai menjadi Pusat Sumber yang baru. Pusat Sumber ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, perpustakaan dan bilik multimedia.

 


 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!