PEYATIM Malaysia

Children

Contact personHaji Muhammad Bin Deraman
Email addressadmin@peyatim.com; adminpeyatim@yahoo.com
Websitepeyatim.com
Phone number+603-92861992
Phone number+603-92004782
Fax number+603-92864872
Year of establishment1989
AddressN0 37, JALAN NIRWANA, TAMAN NIRWANA, 68000
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Siapa kami

PEYATIM merupakan sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan pada 10 September 1989. PEYATIM bertindak sebagai badan penyelaras kepada 50 Pertubuhan-Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dalam memberikan pendidikan kepada seramai lebih kurang 4000 anak yatim dan miskin.

Segala urusan PEYATIM dijalankan di Ibu Pejabatnya di WISMA PEYATIM, sebuah bangunan tiga tingkat hak milik penuh PEYATIM yang mana di sumbangkan oleh Pesama Timber Sdn. Bhd. Pejabat ini telah beroperasi sejak awal 1996 dan pengurusan dijalankan oleh PEYATIM Holdings Sdn. Bhd

Sejarah kami

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia merupakan sebuah badan kebajikan yang di tubuhkan pada 10 September 1989. PEYATIM bertindak sebagai badan penyelaras kepada 49 Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dalam memberikan pendidikan kepada seramai lebih kurang 4000 anak yatim .

Falsafah kami

Badan Amal Sukarela yang memberi khidmat kebajikan kepada anak-anak yatim yang tinggal di asrama ahli gabungan dan juga kepada yang memerlukan.

Objektif kami

  • Sebagai badan induk yang menggabungkan Pertubuhan serta Asrama anak-anak yatim yang berdaftar di Malaysia untuk mempertingkatkan kegiatan masing-masing
  • Mewakili ahli-ahli dalam hal-hal kebajikan anak yatim dan memberi khidmat nasihat dan kemudahan serta pertolongan kepada ahli.
  • Membantu dalam urusan pentadbiran asrama dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM)
  • Bertindak sebagai pusat rujukan mengenai hal ehwal anak yatim dan menjaga kepentingan ahli gabungan dalam semua urusan yang berkaitan dengan anak yatim
  • Bertindak sebagai ‘Linkage’ kepada agensi kerajaan yang berurusan dengan badan bukan kerajaan (NGO)

Wawasan kami

  • Meningkatkan taraf pendidikan anak-anak yatim ke Kolej atau Institut pengajian Tinggi
  • Membina dan memperluaskan pusat-pusat teknologi dan IT bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan tinggi serta celik IT.
  • Menambahkan ahli-ahli profesional dan tenaga mahir di kalangan anak-anak yatim dan miskin serta kaum di Malaysia.

 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!