Siapa kami

Projek bernama POSITIVE SHELTER HOME ( POSHE ) adalah sabuah rumah perantaraan (half-way-home) dan perlindungan untuk kanak-kanak dan wanita dewasa pembawa HIV/AIDS. Projek ini adalah dibawah Pertubuhan Pelindungan Pembawa HIV Positif Wilayah Persekutuan dan Selangor yang telah didaftar dengan Registration Of Society (ROS) pada bulan Januari 2009. Projek ini telah dihasilkan dengan tujuan untuk melindung, menjaga dan membela hak kanak-kanak dan memulih semangat wanita dewasa. Berikutan fenomena tragik HIV/AIDS di Malaysia sekarang, jumlah kanak-kanak yatim/piatu pembawa HIV/AIDS juga bertambah. POSHE sekarang mempunyai 8 kanak-kanak yang menjadi mangsa HIV Positif dan mereka bergantung dengan ubat untuk meneruskan kehidupan selagi belum ada ubat penawar untuk menghapuskan virus yang ada dalam darah mereka. Nasib mereka ini juga masih menghadapi stigma dan disriminasi.

Perkhidmatan kami

  • POSHE menyediakan penempatan sementara, pertolongan asas dan perlindungan kepada kanak-kanak dan wanita dewasa HIV/AIDS yang terpinggir dan tersisih dari keluarga dan masyarakat amnya.
  • POSHE juga menyediakan bimbingan moral dan kerohanian, juga perkhidmatan kaunseling untuk memberi kekuatan pemulihan semangat dengan mengembalikan keyakinan diri dan harga diri.
  • Penjagaan kanak-kanak HIV diberi keutamaan dengan teliti dan penuh perhatian serta kasih sayang.
  • Memantau pembesaran optima secara fizikal, emosi, rohani dan kognitif kanak-kanak pembawa HIV Positif.
  • Menyediakan keperluan pendidikan dan membela hak kanak-kanak HIV bersekolah kerana masih ada stigma dan diskriminasi.
  • Membantu urusan hal ehwal rawatan lanjutan untuk kanak-kanak dan dewasa dengan kerjasama pakar-pakar Penyakit Berjangkit di-hospital.
  • Untuk mangsa dewasa kami adakan program bimbingan kerjaya untuk wanita menglengkapi diri mereka dengan kemahiran hidup dan kemahiran vokasional untuk membolehkan mereka berdikari dan menyara kehidupan sendiri bila tamat pemulihan semangat.

Keperluan kami

Semenjak POSHE beroperasi mulai Januari 2009 hingga sekarang kami masih menerima panggilan untuk tinggal bersama kaum senasib tetapi kami tidak dapat melayan kerana peruntukan dana yang kecil. Kanak-kanak terdiri dari ibu dengan anak bawah umur, kanak-kanak yang ditinggalkan dijalanan, kanak-kanak kematian ibu-bapa & tiada waris yang sanggup melihara serta kanak-kanak yang dibuang selepas dilahirkan. Harapan untuk mereka meneruskan kehidupan atau menghabiskan sisa hidup sebagai pembawa HIV Positif mendapat berkat dari Allah swt dengan persedian bekalan mereka untuk dunia dan akhirat. Paling penting mereka dapat merasa kehidupan berkonsep kekeluargaan dalam rumah sendiri tanpa merasa terasing dan tersisih.

BANTUAN ANDA

Untuk rawatan kesihatan setiap penghuni wajib berjumpa doctor untuk rawatan lanjutan, mendapatkan bekalan ubat dan sebagainya. Kami memerlukan kenderaan untuk membawa mereka dan bila balik nanti akan membawa balik bekalan ubat-ubatan yang diberi oleh pihat hospital untuk bekalan tiga bulan bagi setiap penghuni HIV positif.

Untuk persekolahan, kenderaan juga sangat diperlukan untuk menhantar kanak-kanak pergi dan balik sekolah bagi dua sessi.

Kami juga perlukan kenderaan untuk membeli-belah barangan dan keperluan rumah dan barangan dapur dipasar.

Untuk merancang acara outing dan retreat POSHE mengharapkan bantuan sponsor atau penaja untk menyediakan kenderaan supaya semua penghuni POSHE dan kakitangan nya dapat ikut bersama.

Dengan penjelasan rengkas ini kami harap pihak tuan/puan dapat membantu TABUNG DANA kami, menderma kenderaan yang boleh membawa penghuni rumah POSHE ketempat tujuan aktiviti harian dan bulanan serta bayaran sewa rumah kerana kami belum mampu beli rumah sendiri

Atas kerjasama dan keperihatinan pihak yang tertentu dalam perkara ini sangatlah dihargai dan didahului ribuan terima kasih. Semoga amal jariah yang dituntut dalam Fardhu Fikhayah mendatangkan berkat dan pahala kepada yang menghulurkan bantuan.

Positive Shelter Home (POSHE)

[email protected]Email
+60166271883Phone Number
Established since 2009Year of Establishment
No.2 JALAN BUDIMAN 14 TAMAN MULIA, BDR.TUN RAZAK,CHERAS 56000 KUALA LUMPU, 56000Address
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati