Rumah Anak Kesayangan

Children

Contact person Pn Nurul Azwa
Email addresswismakesayangan@gmail.com
Websiterumahanakesayangan.blogspot.com
Phone number+6046462054
AddressNo 55 , Lebuh Bukit Jambul 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG
Registration numberPPM-001-07-13102015
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Sejarah kami

Rumah Anak Kesayangan adalah sebuah rumah kebajikan yang telah dibuka pada awal 2008 dibawah pendaftaran PG0225608-X. Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang layak menerima zakat (asnaf zakat).

Matlamat kami

Rumah Anak Kesayangan bermatlamat tinggi untuk melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dan aman harmoni, yang mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri, yang di dalamnya terjalin hubungan rapat antara golongan kaya dan miskin iaitu dengan menjadikan kebajikan sebagai satu agenda utama masyarakat untuk mencapai tahap hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat.

Golongan kaya perlu berperanan penting di tengah masyarakat dengan menyelesaikan tuntutan keperluan manusia yang asasi. Merekalah agen pembangunan bagi masyarakat yang aman damai dan harmoni. Orang kaya berfungsi sebagai ‘bank kepada masyarakat’ dan mereka mampu untuk menyelesaikan masalah orang-orang miskin dan yang memerlukan. Oleh kerana dari sifat-sifat pemurah terutamanya daripada orang-orang kaya dan berada, masyarakat Islam terbela. Masyarakat Islam cepat maju, kasih sayang terjalin sesama insan.

Hubungan dengan yang kaya dan yang miskin rapat. Tiada jurang perbezaan sesama insan dan tiada lagi jenayah serta gejala sosial berlaku akibat dari tekanan dan kesusahan hidup. Akhirnya wujudlah perpaduan dan kerjasama. Masalah dalam masyarakat dapat di selesaikan kesan dari pemurahnya orang kaya dan kesan daripada tawadhuknya mereka. Inilah masyarakat yang diidam-idamkan oleh semua bangsa dan agama.


 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!