Siapa kami

Rumah Putera Harapan (RPH) merupakan sebuah rumah perlindungan kanak-kanak terbiar di negeri Sabah khususnya di daerah Ranau. RPH diasaskan oleh NGO Islam dan telah dibuka pada 12 Julai 2008. Kanak-kanak yang membesar tanpa ibu bapa (yatim piatu), kematian salah satu daripadanya (yatim), mangsa penceraian dan kemiskinan cenderung untuk tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Atas kesedaran ini, badan-badan NGO Islam khususnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merasakan betapa nasib kanak-kanak ini perlu dibela dengan menyediakan tempat perlindungan dan menyiapkan pendidikan untuk mereka.

Objektif kami

  • Memberi perlindungan dan peluang pendidikan kepada kanak-kanak terbiar dan terpinggir dalam pendidikan kerana dibelenggu masalah kemiskinan agar dapat meneruskan pembelajaran dengan sempurna.
  • Memberi pilihan kepada ibu, bapa atau penjaga yang ingin menempatkan anak-anak mereka di tempat tinggal yang lebih selamat dan terjamin di bawah pengurusan yang baik.
  • Memberi bantuan pendidikan dengan mengadakan kelas-kelas tuisyen dan bimbingan yang akan dikendalikan oleh guru-guru yang bertauliah.

RIWAYAT At-Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.

Learn More

Rumah Putera Harapan

Ust Mohd Sabri AbdullahContact Person
[email protected]Email
www.facebook.com/RumahPuteraHarapanWebsite
+6019 899 3315 / +6019 883 3197 (Ust Mohd Sabri Abdullah)Phone Number
+608 887 6296Phone Number
Established since 2008Year of Establishment
Lot No 3, Bangunan Serbaguna Koperasi Bakti Peti Surat 960, 89308 Ranau Sabah, MalaysiaAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati