PENGENALAN

Darul Kifayah telah ditubuhkan pada tahun 1983. Ia bertujuan bagi menjaga kesejahteraan anak yatim, saudara baru dan pelajar-pelajar miskin dengan mengadakan tempat kediaman sementara, memberi bimbingan agama dan akhlak dan mengadakan kemudahan pendidikan yang sempurna.

Darul Kifayah mula beroperasi di Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh. Pada tahun 1992, Darul Kifayah telah dipindahkan buat sementara dari Kampung Batu ke Taman Bukit Anggerikk, Cheras bagi membolehkan pembinaan bangunan baru dilaksanakan.

Kompleks ini kemudiannya dipindahkan semula ke Kampung Batu mulai Oktober 1993 setelah projek pembinaan siap. Perasmian bangunan baru Darul Kifayah telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (kini Tun), Perdana Menteri Malaysia Ke-4 pada 5 Januari 1996.

Pada 17 Disember 2007, Darul Kifayah telah berpindah ke premis MAIWP di Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur yang beroperasi sebagai Dar Assaadah. Perpindahan dibuat bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Kompleks ini siap dibina pada awal tahun 1999 dan mampu menampung sehingga 500 orang penghuni.

Darul Kifayah telah dinaiktaraf infrastrukturnya dengan pembinaan blok baru termasuk Surau Jumaat. Pembangunan ini dibuat bagi memberi keselesaan dan mampu menampung sehingga 750 orang jemaah.

VISI

Menyediakan penempatan sementara yang kondusif dan kemudahan pendidikan yang sempurna kepada golongan sasaran dalam usaha untuk melahirkan individu muslim yang berakhlak mulia dan berketerampiran.

MISIĀ 

Menjadi sebuah rumah perlindungan contoh diseluruh Malaysia dan bertaraf dunia.

Learn More

Kompleks Pendidikan Anak-Anak Yatim Darul Kifayah

[email protected]Email
www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/institusi-perlindunganWebsite
+603 6188 4844Phone Number
+603-6189 2137Phone Number
+603- 6188 7195Fax Number
Established since 1983Year of Establishment
Kompleks Darul Kifayah, Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Pasar 2, 68100 Kuala Lumpur.Address
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati