Yayasan Anak-Anak Yatim

Children, Education, Support Groups, Youth

Email addressadmin@anakyatimttdi.com.my
Websitewww.anakyatimttdi.com.my
Phone number+603-7725 8592
Phone number+603-7722 5307; +603-7724 1437
Fax number+603 7725 6652
Year of establishment1999
AddressNo. 2, Jalan 5/71B, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Siapa kami

Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 di mana ianya menyediakan kemudahan asrama bagi anak-anak yatim. Yayasan ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 1999 dan sesi pengambilan pertama anak-anak ialah pada September 1999 iaitu seramai 30 orang. Sehingga kini setelah lima tahun beroperasi, asrama yang diberi nama Rumah Ilham ini boleh dimuatkan sehingga 80 orang anak-anak hanya menempatkan 60 orang anak-anak sahaja. Jumlah tersebut dikekalkan mengikut kemampuan kewangan yang sedia ada. Oleh kerana kawasan dan bangunan yang ada agak terhad, asrama ini hanya menempatkan pelajar lelaki sahaja.

Perkhidmatan kami

Yayasan ini bukan sahaja membela nasib anak-anak yatim, tetapi juga memastikan anak-anak ini dididik dan diasuh dengan disiplin meliputi fizikal, mental dan rohani. Yayasan ini berharap agar anak-anak ini cemerlang dalam bidang pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi dan pada masa yang sama akhlak dan tingkah laku juga adalah terpuji. Dengan ini mereka boleh menjadi harapan bukan sahaja keluarga bahkan pada agama, bangsa dan negara.

Objektif kami

  • Memberi perlindungan, bimbingan, pendidikan kepada anak-anak yatim.
  • Melahirkan generasi anak-anak yatim yang seimbang antara tuntutan rohani dan jasmani.
  • Menjadikan generasi orang Muslim yang bukan sahaja berilmu dan beramal malah mengimplementasikan kepada masyarakat umum.
  • Menjadikan mereka contoh serta harapan pada keluarga seterusnya agama, bangsa dan negara.

Visi kami

Melahirkan anak-anak yatim yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segala sudut sama ada rohani dan jasmani.


 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!