Yayasan Kebajikan Suria

Children, Youth

Contact personDatuk Hajjah Raya Erom
Email addressyasa187@yahoo.com
Websiteyayasankebajikansuria.blogspot.com/
Phone number+608 8423 954
Phone number+608 8423 957
Fax number+608 8426 420
Year of establishment1996
AddressPeti Surat 12156, 88823 Kota Kinabalu, Sabah
Registration numberARB (PN) (SB) (T.I) 127/96
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
Ditubuhkan pada 14 Mei, 1996 hasil ilham YBhg. Datuk Hajah Raya Erom, selaku pengasas dan pengerusi yayasan ini.
Pada awal penubuhannya, yayasan ini terletak di Kg. Likas dan beroperasi di sana sehingga awal tahun 2001.
Pada bulan Februari 2001, Yayasan Kebajikan Suria telah berpindah ke bangunan baru di Kg. Panjut, Berungis, Tuaran dan dikenali sebagai Kompleks Yayasan Kebajikan Suria.
Kompleks ini mempunyai tiga buah blok asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan, ruang pejabat, dewan makan, dapur, surau dan rumah untuk kakitangan. Kompleks ini juga turut menyediakan mini perpustakaan untuk kemudahan dan rujukan pembelajaran penghuni asrama.
Kelas tambahan dan kelas agama turut disediakan kepada para penghuni dan mendapat bantuan tenaga pengajar dari Jabatan Kebajikan Islam (JAKIM).
Penghuni Kompleks YKS juga mendapat pendidikan di sekolah kerajaan di daerah Tuaran.

MATLAMAT

  • Berbakti kepada yang memerlukan
  • Membantu insan istimewa
  • Anak-anak tidak berkemampuan
  • Meningkatkan kesedaran berilmu dan memupuk semangat berdikari, berakhlak dan berkeyakinan.
  • Memberi ruang kepada setiap individu yang ingin berbakti.
  • Menanam sikap penyayang di kalangan masyarakat tanpa jurang perbezaan.

 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!