Sejarah

Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP) telah ditubuhkan pada 25 April 2011. Presiden KPPRPP ialah Yang Berbahagia Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, merangkap Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).

Melalui satu perjumpaan pada 6 Julai 2010 jam 5:15 petang, yang diadakan di Bilik Mesyuarat PEMENANG, Bangunan PEMENANG, ahli-ahli yang hadir telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah persatuan dan nama yang telah dipilih ialah Persatuan Kelab Rakan P. Ramlee. Dalam mesyuarat tersebut juga, pemilihan Ahli Jawatankuasa Penaja telah dilakukan. Undang-undang tubuh Persatuan Kelab Rakan P. Ramlee juga telah diterima pakai.

Sehingga 4 April 2012, KPPRPP dianggotai oleh 40 orang ahli.

Objektif kami

 1 Untuk mengenang kembali jasa-jasa Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee

2 Berjuang sesama ahli dan pihak yang mendukung tujuan Kelab untuk meneruskan hasrat Seniman Agung dari segi Kebudayaan, Kesenian, Muzik, Perfileman, Ekonomi, Kesukanan serta Kemasyarakatan

3 Mencungkil dan menggalakan serta memberi bantuan kepada yang berbakat dalam aliran Kebudayaan, Kesenian, Kesukanan, Kebajikan demi meningkat pencapaian

4 Cuba melahirkan sebanyak mungkin seniman serba boleh

5 Merancang dan melaksanakan projek-projek berfaedah kepada ahli dan masyarakat

6 Mengawal dan mengambil tindakan terhadap penyalahangunaan dalam segala bentuk berkaitan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

7 Sentiasa bergerak atas Dasar dan Tujuan Kelab

8 Mendukung hasrat Kerajaan disemua bidang terutama kebudayaan dan kesenian

9 Menggalak dan mengembangkan pergerakan Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang

10 Menanam semangat taat setia kepada Raja dan Negara

 Yuran:
1) Yuran Masuk: RM 10.00
2) Yuran Tahunan: RM 20.00

 

Learn More

Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang

Dato' Seri Haji Mohd Yussof Latiff (Presiden)Contact Person
[email protected] Email
kelabpramlee.pemenang.org.my/Website
04-227 3092 Phone Number
04-228 3937 Fax Number
Established since 2011Year of Establishment
PPM-027-07-25042011Registration Number
No. 60, Jalan PEMENANG 10250 Pulau Pinang Address
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati