Persatuan Orang Pekak Negeri Melaka

Differently Abled

Contact personEn. Razak bin Seman
Email addresspuskomel@gmail.com
Websitehttps://www.facebook.com/pages/Persatuan-Orang-Pekak-Negeri-Melaka-POPNM/163488357071948
Phone number+606 2843 155
Fax number+606 2843 155
Year of establishment1998
AddressNo. 7-1, Jalan BU 3, Taman Bachang Utama 75350 Bachang, Melaka
Registration number361-PPP/MEL 6/98
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

PENGENALAN
Persatuan Orang Pekak Negeri Melaka (POPNM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan OKU berdaftar yang diberi mandate oleh warga Pekak negeri Melaka untuk menjaga kebajikan ahli-ahli Pekak dan menganjurkan pelbagai aktiviti di negeri Melaka. POPNM telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan pada 24 Mac 1998 dengan nombor pendaftaran 361-PPP/MEL 6/98. POPNM juga menjadi ahli gabungan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD ). POPNM mempunyai jumlah bilangan ahli seramai 220 orang Pekak 1Malaysia. Pada hari ini, POPNM beroperasi sepenuh masa untuk memberikan khidmat dan bantuan kepada komuniti Pekak bertempat di Pusat Komunikasi Orang Pekak Melaka di alamat PERSATUAN ORANG PEKAK NEGERI MELAKA, NO.7-1, JALAN BU 3, TAMAN BACHANG UTAMA, 75350 MELAKA.

Mission

MATLAMAT POPNM
– Untuk menyatu padukan semua orang Pekak dari pelbagai kaum
– Untuk meningkatkan taraf hidup orang Pekak di Melaka khasnya dan di Malaysia amnya.
– Untuk membantu dan memberi perkhidmatan sewajarnya kepada orang Pekak di mana sahaja mereka berada.
– Untuk merangsang dan menggalakkan pertukaran maklumat dan pengalaman di antara orang Pekak dan orang normal dan sebaliknya.
– Untuk memberi bantuan teknikal dan khidmat nasihat secara langsung atau tidak
langsung di antara orang Pekak dengan agensi-agensi berkenaan apabila diperlukan.
– Untuk berkongsi meningkatkan bahan-bahan berkaitan dengan orang Pekak dan
keperluan-keperluan semasa orang Pekak.
– Untuk menghargai sumbangan orang Pekak dalam masyarakat.
– Untuk menyumbang , mengeluarkan atau mengembangkan kewangan pertubuhan dalam apa jua bentuk yang dibenarkan untuk mencapai matlamat pertubuhan.
– Untuk bekerjasama dengan semua pihak di mana orang pekak ada kepentingan seperti cabaran Pendidikan, Sekolah Pendidikan Khas, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Buruh, Hospital, Klinik, Mahkamah dan lain-lain agensi sukarela.
– Untuk menyumbang sedaya upaya ke arah pencapaian Wawasan Negara.

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN
KHIDMAT JURUBAHASA ISYARAT
PEKERJAAN
PERUBATAN
KES MAHKAMAH
PERIBADI
SEMINAR
MESYUARAT

PENEMPATAN PEKERJAAN
SEKTOR SWASTA
SEKTOR AWAM

PUSAT KOMUNIKASI ORANG PEKAK NEGERI MELAKA
KELAS ICT
VIDEO RELAY SERVICES
LAMAN INTERAKTIF
PERKHIDMATAN ONLINE
KAMUS MAYA BAHASA ISYARAT MALAYSIA

KELAS BAHASA ISYARAT MALAYSIA
KAKITANGAN KERAJAAN
INDIVIDU YANG MEMPUNYAI ANAK PEKAK
MAJIKAN DAN PEKERJA SWASTA
ORANG RAMAI YANG BERMINAT


 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!