Dapur Jalanan Kuala Lumpur

Other Communities, Support Groups

Email addressdapurjalanan@gmail.com
Websitewww.facebook.com/dapurjalanankl
Address52-C, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur
Dapur Jalanan Kuala Lumpur is seeking the following types of donations:
  • Money
  • Food
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
Dapur Jalanan Kuala Lumpur melihat warisan adalah nilai yang perlu dijaga dan dipelihara justru kami memilih jalan panggung di bawah pos ofis seratus tahun menjadi tapak kami berkongsi makanan dan juga sebagai satu semangat untuk bersama mempertahankan warisan serta nilai-nilainya.

—-

Dapur Jalanan, a volunteer-based soup kitchen service operates every Sunday at Jalan Panggong, in Kuala Lumpur. The program offers free food and drinks to the homeless and marginalized in the city.

1. SAYA NAK JOIN!! KAT MANA??? PUKUL BERAPA???
5.30 petang
setiap Ahad
Jalan Panggung, KL
Google Map: http://goo.gl/maps/fUXJ0

Dapur Jalanan Kuala Lumpur sentiasa mengalukan newbie,hispter dan kamu untuk menjadi sukarelawan bersama. Anda juga boleh membantu dengan menghasut rakan sebaya dan keluarga. Individu atau berkumpulan, kedatangan anda sentiasa dinanti-nantikan.

2. SAYA BUKAN HOMELESS, BOLEH JOIN TAK?
Serving kami adalah untuk golongan gelandangan dan rakyat malaysia semua bangsa yang hadir bersama. Jemput datang!

3. SAYA NAK DERMA DUIT! BOLEH TAK?
Bantuan kewangan dan harta benda juga dialukan untuk menyokong kolektif ini terus bergerak. Boleh bank-in kepada bank account CIMB kami seperti tertera dibawah. Semua wang hanya digunakan untuk membeli barang masakan makanan dan juga kos penyenggelaraan Dapur Jalanan termasuk sewa dapur.

8001727849 CIMB (SPKL Collective).

4. SAYA NAK BAWA MAKANAN!! BOLEH TAK? APA YA?
PENTING SEKALI! Jika anda ingin memberi sumbangan makanan pada minggu tertentu, sila PASTIKAN anda menghubungi pihak kami dan memberitahu jenis makanan + kuantiti SELEWAT-LEWATNYA hari Sabtu, jam 4 petang.Ini adalah untuk elak pembaziran terlebih makanan, terlebih masa (bila hari gelap susah nanti) dan agar menu semua ngam-ngam belaka.

Jika anda ingin sponsor main course, sila beritahu selewat-lewatnya hari Rabu agar kami boleh arrange dan tidak terlebih masak. Call Hadi 012-6648873 untuk inform.

Untuk makluman semua, kami tiada polisi kepada jenis makanan yang hendak disumbangkan, asalkan bersih + selamat dan TIDAK MENGANDUNGI daging lembu & babi.

5. SAYA NAK BERI BAJU LAMA. BOLEH?
Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan baju terpakai (yang masih elok ya) atau shampoo/ubat gigi etc, anda digalakkan hantar kepada tempat pengumpulan iaitu KELAB BANGSAR UTAMA, 52-C, JALAN KEMUJA, OFF JLN BANGSAR, 59000 KL. Call Hadi 012-6648873 untuk check ada orang ke tidak.

6. NAK TOLONG MASAK DENGAN KORANG BOLEH? APA LAGI BOLEH BUAT?
Nak tolong masak? Boleh sahaja! Datang ke KELAB BANGSAR UTAMA (Alamat diatas) mulai jam 2 petang setiap Ahad dan lihat apa boleh bantu! Anda juga digalakkan datang bantu pemberian makanan dan cuci pinggan & cawan pada setiap Ahad.

Nak berbakti, datang lebih awal dari pukul 5.30. Cari Tukang atur sukarelawan kami iaitu Pakwan (0192671285)

Jika datang berkumpulan, digalakkan untuk menyertai aktiviti kami dari awal. Dapur Jalanan menyediakan modul sukrelawan berkumpulan untuk mana-mana kumpulan anak muda/mahasiswa yang ingin terlibat lebih dekat dengan dunia aktivisma. Nak tahu lebih lanjut? kumpul kawan2 anda, dtg ke Jalan Panggung ahad ini, dan cari koordinator kami untuk pengesahan!

7. Harap maklum, guideline diatas adalah supaya kerja kami menjadi lebih efektif dan bermanfaat. Terima kasih kerana ikut!


 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!