Fenomena ibu tunggal yang ditinggalkan tanpa nafkah dan tiada mata pencarian, anak yatim, warga emas terbiar, gadis terlanjur dan pembuangan bayi telah menjadi satu norma di negara kita. Kumpulan ini menyumbang sebahagian besar kepada kes juvana dan masalah sosial di negara ini. Perkembangan dunia sains dan kehebatan teknologi menunjukkan proses pertumbuhan golongan ini wajar diberi perhatian khususnya untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Daripada fenomena ini, maka banyaklah tertubuhnya badanbadan kebajikan diseluruh dunia dan tidak ketinggalan juga di Malaysia.

Kanak-kanak terbiar akibat penceraian ibu bapa, keganasan, penderaan, kecederaan fizikal dan mental, eksploitasi dadah, lari dari rumah serta remaja yang tidak bersekolah yang sering kali menjadi penyebab utama masalah ini. Ketiadaan tempat kediaman atau tempat tinggal yang tidak selesa dan terlalu sempit juga menjadi penyebab berlakunya masalah ini. Cuba kita bayangkan jika hal ini terjadi kepada kehidupan kanak-kanak ini yang masih kecil. Bagaimana masa depan mereka, dan juga risikonya terhadap BANGSA, NEGARA dan AGAMA. Daripada faktor-faktor inilah tertubuhnya PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH PERLINDUNGAN TERATAK NUR INSAN KL & SELANGOR (NURI).

NURI juga tidak terkecuali daripada tanggungjawab menangani masalah ini. Bagi tujuan murni ini, pendidikan dan bimbingan perlu diterapkan sejak awal lagi dalam diri mereka. Hal ini juga penting agar kebajikan bagi mereka yang kurang berkemampuan mendapat perhatian yang sewajarnya. Selain itu, ia juga penting demi menjauhkan mereka daripada terjerumus dalam melakukan aktiviti yang tidak sihat sejak usia remaja. Maka, atas dasar tanggungjawab terhadap anak-anak yang tidak terarah akidah, terabai kasih sayang serta kurang pembiayaan untuk mendapat pendidikan akademik dan agama secara formal maka Ahli Jawatankuasa bersetuju untuk membuka sebuah pusat perlindungan untuk anak-anak yang dinamakan PUSAT JAGAAN NURI (No. W 012/2009).

NURI telah didaftarkan dengan R.O.S. dan mendapat kelulusan pada 8 September 2007 (WKL 1746-07). Walau bagaimanapun, kegiatan NURI yang bermula pada November 2007 dengan hanya lapan orang anak yatim dan anak fakir miskin yang tidak berkemampuan dibiayai oleh NMC MANAGEMENT CONSULTANT SDN BHD buat sementara waktu kerana belum mempunyai dana sendiri untuk menguruskan anak-anak tersebut. Pada Mei 2008, jumlah penghuni NURI telah bertambah kepada 15 orang. Pada tahun 2009 pula, NURI telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlah penghuninya menjadi 30 orang, terdiri daripada 14 orang penghuni lelaki dan 16 orang penghuni perempuan.

NMC MANAGEMENT CONSULTANT SDN BHD adalah Syarikat kepunyaan Pengasas dan Presiden NURI iaitu Puan Norpisah bt Hj Tahir. Syarikat ini menjalankan perniagaan perkhidmatan perakaunan, setiausaha syarikat, cukai, perunding latihan usahawan dan lain-lain perkhidmatan perniagaan. 5 peratus bayaran kepada NMC daripada setiap syarikat yang mendapatkan perkhidmatan di atas akan disalurkan kepada NURI. Konsep tersebut adalah perkara utama yang diterapkan dan dijalankan dalam NURI bagi membolehkan NURI menjalankan aktiviti sehingga sekarang. Namun begitu, syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang masih kecil. Maka, pihak kami masih memerlukan bantuan kewangan dan barang-barang kegunaan harian serta peralatan bagi menjalankan aktiviti untuk anak-anak NURI dengan lebih baik dan sempurna.

Learn More

Persatuan Kebajikan Rumah Perlindungan Teratak Nur Insan Kuala Lumpur dan Selangor (NURI)

Norpisah binti Tahir Contact Person
nuriism.blogspot.comWebsite
+603 40253 901 Phone Number
+6019-2191001 - Puan Nopisrah Hj Tahir (Presiden) 012-2704167 - Puan Fatimah (Timb. Presiden)Phone Number
+603 40216 602 Fax Number
Established since 2007Year of Establishment
PPM-009-14-08092007Registration Number
No.28, Jalan Air Kuning 5, Off Jalan Air Panas, Setapak 53200 Kuala Lumpur Address
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati