Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang atau PDA ditubuhkan pada tahun 1992. Persatuan ini merupakan satu-satunya pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan dan kebajikan orang pekak seluruh negeri Pulau Pinang.

Sejarah persatuan ini dapat disusul sejak 1980an semasa SHIMA (Society of Hearing Impaired Malaysia) cuba ditubuhkan oleh Mohamad Sazali di Kuala Lumpur untuk menyatupadukan orang-orang pekak Malaysia. Sebagai langkah pertama, beliau menubuhkan SHIMA Wilayah Persekutuan dan Selangor. Seiring dengan langkah beliau, pemimpin-pemimpin pekak di Pulau Pinang iaitu Teh Kean Hoe, Wan Mohd. Ali Bin Wan Abu Bakar, Razman Tan, Yusof Hassan, Tan Cheng Yong dan Saleem Ali telah berusaha menubuhkan SHIMA Pulau Pinang pada tahun 1992 dan didaftar secara rasmi. Untuk selama beberapa tahun, SHIMA Pulau Pinang tidak mempunyai pejabat yang tetap. Para AJK mengadakan perjumpaan di rumah AJK, kantin Sekolah Pendidikan Khas Jalan Hutton dan beberapa tempat yang lain. Pada tahun 1996, SHIMA Pulau Pinang telah ditukar nama kepada Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang (PDA) dan beroperasi di pejabat tetap di Kompleks Masyarakat Penyayang.

Selepas Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) ditubuhkan, Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang menjadi anggota gabungan MFD. Beberapa tahun kebelakangan ini, PDA memperlihatkan kemajuan pesat dalam pemberian perkhidmatan untuk komuniti pekak. Melalui kerjasama dengan MFD, PUSKOM Pulau Pinang ditubuhkan. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Orang Pekak Pulau Pinang juga ditubuhkan dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Matlamat

  1. Memperbaiki kualiti kehidupan orang Pekak.
  2. Menyatukan individu-individu orang Pekak dan berusaha untuk mencapai kemajuan sosioekonomi dan pembangunan diri dalam masyarakat orang Pekak
  3. Memelihara semua hak dan kepentingan orang Pekak dalam negara ini supaya setaraf dengan hak yang dinikmati oleh warganegara yang normal.
  4. Memupuk dan memperkembangkan komunikasi dan pemahaman yang lebih berkesan dalam kalangan orang Pekak.
  5. Menganjurkan aktiviti sukan dan rekreasi untuk masyarakat Pekak.
  6. Mewujudkan persefahaman, kerjasama dan hubungan erat dalam kalangan orang Pekak
  7. Memberikan khidmat nasihat dalam soal pekerjaan, kekeluargaan, hubungan sosial dan lain-lain kepada orang Pekak dan menjaga kebajikan mereka.
  8. Mendorong dan menggalakkan pengintegrasian orang Pekak ke dalam masyarakat bukan Pekak melalui usaha ke arah pemahaman dan penerimaan di antara orang Pekak dan orang bukan Pekak.

 

 

Learn More

Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang

En. Chung Kim Cheong Contact Person
pgdeafass@yahoo.comEmail
www.pda.org.myWebsite
+604 2296 421 Phone Number
+604 2260 160Fax Number
Established since 1992Year of Establishment
3296/92 Registration Number
CO-18-GF, Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, 10450 Pulau Pinang Address
Visit Us