Rumah ini di tubuhkan oleh AJK lama yg di pengerusikan yang tidak menjalankan amanat meneruskan semua program bersama AJK kuasa beliau atas nama Asrama Kasih Sayang Darul Fitrah pada awal Julai 2004. Oleh kerana banyak masalah yang di hadapi seperti penyewaan rumah tertunggak sehingga beberapa bulan lamanya dan kanak2 disini makan nasi berlaukan kicap sahaja dan tidak dapat di layan dengan sempurna. Kami mengambil anisiatif sendiri bagi mengumpulkan sukarelawan menganggotai ahli jawatan kuasa baru yang terdiri dari Jemaah Surau dan Mesjid sekitarannya, dan badan2 korporat yang kerap kali membantu rumah ini pada mulanya bagi menjalankan aktiviti memperkukuhkan persatuan ini. Pada 15hb Mei 2005 Jab. Kebajikan Masyarakat telah memberikan kata putus untuk menutup Asrama ini, kerana banyak masalah yg di hadapi tidak di ambil perhatian serious oleh pentadbiran yang lalu.. Oleh yang demikian pada tanggal 18 Mei 2005 satu AJK yang terdiri dari 12 orang telah bermesyuarat dan melantik AJK bagi mengantikan dan mengendalikan rumah ini. Oleh kerana asrama ini tidak berdaftar dengan perdaftaran pertubuhan kami mengambil anisiatif sekali lagi dengan mendaftar persatuan ini atas nama baru Penubuhan Kebajikan Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah. Terdapat 4 ketogeri kanak-kanak yang di ambil perhatian iaitu Kanak-kanak Yatim, Kanak-kanak terbiar, Kanak-kanak Muallaf dan kanak-kanak miskin yang keluarga mereka tidak mampu mendidik dan menyekolahkan mereka buat masa ini.

Perkara-perkara yang telah di ambil perhatian dalam menyusun & mengemas kini pentadbiran selama 5 bulan lebih adalah seperti berikut:

1. Memindahkan rumah pertubuhan ini kesatu kawasan / tempat yg lebih selesa, sesuai dan selamat di duduki yang sekarang berpengkalan di No 34 A/B Jln 10 Taman Batu off Taman Greenwood, Bt Cave Gombak, Selangor.

2.  Mencari dana kewangan semasa untuk keperluan harian / mingguan dan bulanan kanak-kanak di sini. Kami menanggaran kos penyelenggaraan adalah sebanyak RM 10,000 sebulan di perlukan untuk operasi harian bagi menampung keperluan seperti sewaan rumah, bas sekolah, Belanja sekolah, Bil Api / Air dll. Kerana dgn tiadanya pendapatan tetap dan saluran dari mana-mana pihak oleh yang demikian kami memerlukan bantuan dari sesiapa juga yang ingin mengulurkan sumbangan terhadap pertubuhan ini. Dengan sumbangan yang berterusan sahajalah rumah dan kanak-kanak ini mendapat penjagaan yang rapi dan teratur. Oleh yang demikian saya menyeru kepada sesiapa sahaja untuk turut menjadi penyumbang baik dari segi peralatan ataupun kewangan bagi memastikan ianya terus teraju bagi membela nasib kanak-kanak disini dari masa kesemasa. Kami juga telah pun membuka satu akaun bank di BIMB cawangan Tabung haji yang mana salah seorang AJK rumah ini adalah pengurus kepada bank ini. Ini dapat di buktikan bahawa dgn ketelusan kami menguruskan rumah ini terdapat 4 pemegang amanah dan penama yg terdiri dari saya sendiri, Setiausaha dan kedua-dua bendahari adalah sebagai wakil bagi menandatagani setiap cek keluar masuk. Dan setiap pengeluaran akan di catat bukan sahaja melalui buka lager atau buku simpan kira tetapi di dalam setiap minit mesyuarat mingguan kami. Keputusan yang di buat bukan sahaja di tangan saya tapi kami selaku AJK semua bertanggungjawab membuat keputusan atas setiap apa aktiviti yang kami jalankan dari masa kesemasa.

3. Kami juga telah mendaftarkan pertubuhan ini ke Jab. Perdaftaran Pertubuhan dan sekarang ini telah kelulusan dari pihak terbabit. No pendaftaran Pertubuhan ini bernombor 1698-05-7. Dari daya usaha kedua-dua setiausaha kami, En Mohd Ishak Zainuddin dan Hj Sujono proses ini dapat dijalankan dengan baik, tepat dan lancar.

4. Begitu juga ucapan yang tidak terhingga kepada pengelola atau penyelia rumah ini yakni Puan Esah yg tidak jemu-jemu melayan karenah kanak-kanak ini hingga dan setiap tetamu yg hadir mengucapkan syabas atas disiplin yang tinggi yang di tunjukkan oleh kanak-kanak di sini. Alhamdulillah

5.  Saya juga mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin tampil bagi membantu dari segi tenaga bagi menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi mengisi borang yang di sediakan di halaman web ini bagi kita sama-sama membangunkan rumah ini dengan berterusan.

TUJUAN / MATLAMAT

Pertubuhan ini ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan dan mentadbir Pusat Jagaan dan Rumah Perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan juga membuat peruntukan mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau berkaitan dengannya sepertimana yang terkandung di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994).

Pusat Jagaan dan Rumah Perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan oleh Pertubuhan ini akan menempatkan kanak-kanak di bawah kategori berikut:

a) Anak-anak Yatim (anak-anak di bawah 18 tahun yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali)

b) Anak-anak dari Ibu Tunggal yang tidak berupaya untuk memberi penjagaan sempurna kepada anak-anak tersebut disebabkan faktor-faktor kemiskinan, kesihatan, kecacatan fizikal atau mental atau sebab-sebab lain yang dirasakan munasabah oleh Jawatankuasa

c) Anak-anak terbiar iaitu anak-anak yang tidak mendapat penjagaan sempurna dari ibu-bapa atau penjaganya disebabkan oleh faktor perceraian, kemiskinan, kesihatan, kecacatan fizikal atau mental atau sebab-sebab lain yang dirasakan munasabah oleh Jawatankuasa.

d) Anak-anak Saudara Baru (Mualaf) iaitu anak-anak dari saudara baru atau mualaf yang tidak mendapat penjagaan atau pendidikan agama yang sempurna dari ibu-bapa atau penjaga mereka kerana tidak mempunyai asas dan ilmu pengetahuan yang mencukupi ataupun disebabkan oleh kurang kemampuan ibu-bapa atau penjaganya untuk menghantar anak-anak ini ke institusi pendidikan yang sewajarnya.

Pertubuhan ini juga ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti amal seperti mengadakan kutipan derma atau ’fund raising’, seperti penganjuran majlis makan malam, malam persembahan serta aktiviti sosial lainnya yang bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi menampung perbelanjaan dan pentadbiran rumah perlindungan / jagaan ini serta menjalankan aktiviti Pertubuhan.

Learn More

PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH NURUL QANAAH

Zainab BT AHMAD Contact Person
nurulqanaah.blogspot.comWebsite
+6019 2616 357Phone Number
+603 61892 001Phone Number
+603 61892 002Fax Number
1698-05-7 Registration Number
34A/34B Road No. 10, Stone Park, 68100 Batu Caves, SelangorAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati