Rumah Amal Anak Yatim ( YPIN ) di dirikan di Lot 873-A, Kampong Sungai Manggis, Jalan Banting Klang, Banting, Selangor Darul Ehsan. Seramai 32 orang anak-anak yatim menjadi penghuni tetap di rumah ini. Anak-anak yatim ini telah diserahkan kepada pihak Yayasan oleh ibu-bapa mereka agar kehidupan dan pendidikan anak-anak mereka lebih terjamin di masa akan datang.
Atas kesedaran betapa perlunya setiap anggota masyarakat di negara ini agar tidak ketinggalan dalam arus Pembangunan kemajuan pendidikan yang semakin pesat terutamanya menjelang alaf baru, maka Yayasan turut berkongsi bersama-sama segenap masyarakat bagi membantu mencapai impian dalam merangka program yang menjurus ke arah pembentukan budaya masyarakat penyayang dan prihatin.

Bagi menampung kos perbelanjaan dan keperluan rumah anak-anak yatim ini, Yayasan Pembangunan Insan Nasional telah menjalankan pelbagai aktiviti dan program bagi membantu mencari dana dan mengisi tabung kebajikan.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan impian agar Rumah Amal Anak Yatim YPIN ini agar dapat terus berfungsi , kami berharap sokongan dan kerjasama dari semua pihak-pihak yang terlibat secara khusus atau amnya dapat diberikan. Semoga dengan adanya rumah ini, nasib anak-anak yatim akan terus terbela.

MATLAMAT

Menjadikan RUMAH AMAL ANAK YATIM YPIN sebagai rumah gantian kepada kanak-kanak di bawah jagaanya. Oleh itu, perhatian dan keutamaan diberikan dalam memastikan jagaan yang baik dan sempurna dapat dijalankan dengan suasana harmoni dan penuh limpahan kasih sayang seperti yang terdapat dalam sebuah rumah yang normal. Suasana seperti ini membolehkan kanak-kanak tersebut membesar secara menyeluruh dari segi emosi, jasmani dan rohani. Keperluan asas seperti makan dan minum, pakaian dan lain-lain juga turut disediakan oleh rumah amal ini

Memberikan perlindungan dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak yatim miskin agar mendapat perhatian dan jagaan yang sempurna.

Learn More

Rumah Amal Anak Yatim YPIN (Yayasan Pembangunan Insan Nasional)

Puan RabiahContact Person
rumahamalanakyatimypin.blogspot.com/Website
+603 6138 5177Phone Number
Established since 2001Year of Establishment
Lot 7-873 Kampung Sungai Manggi, Jalan Klang Bantimg, 42700 Banting, SelangorAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati