RUMAH AMAL SUCI ROHANI (RASR) ialah sebuah pusat kebajikan yang baru ditubuhkan pada 1 Julai 2010. Ia  ditubuhkan khusus untuk anak-anak yatim/miskin dan 8 asnaf yang memerlukan penjagaan atau pemerhatian rapi. Sebahagian daripada mereka merupakan anak-anak dyslexia (sukar membaca).

MATLAMAT

1. Anak-anak diberi didikan secara menyeluruh dan menitikberatkan soal pendidikan insaniah yang berteraskan Al-Quran, Sunnah serta akhlak mulia agar mereka menjadi insan yang bukan sahaja berilmu bahkan bertaqwa dan menjadi aset penting negara. Selain diberi pendidikan akademik dan kemahiran, mereka juga dididik untuk mewarisi akhlak para salafussoleh dalam menjadi suri teladan generasi kini, sebagai alternatif di zaman keruntuhan akhlak yang perlu dibenteras dengan membina generasi yang menyalin peribadi Rasulullah dan para sahabat.

2. Untuk menjalin hubungan rapat antara golongan kaya dan miskin dengan menjadikan kebajikan sebagai agenda utama masyarakat demi mencapai kebahagiaan dunia dan Akhirat. Moga dengan ini lahirlah masyarakat yang berkasih sayang dan harmoni serta mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri. Apabila yang berkemampuan dan kaya sanggup berperanan dan berkorban, mereka yang susah dan menderita akhirnya terbela.

Learn More

Rumah Amal Suci Rohani

En. Khalid MohamadContact Person
[email protected]Email
rumahamalsucirohani.webs.com/Website
+6013 2394 239Phone Number
Established since 2010Year of Establishment
No. 109, Jalan BU 7/1, Bandar Utama, Petaling Jaya, SelangorAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati