Persatuan Kebajikan Kediaman Abu Nur

Senior Citizens

Contact personHajah Zawiah binti Haji Lazim
Email addresskediaman@abunur.net
Websitewww.abunur.net/
Phone number+604 4778 125
Fax number+604 4778 125
AddressKampung Simpang Pulai 33100 Pengkalan Hulu, Perak
Registration number1035-06-PRK
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Kediaman Abu Nur ialah sebuahinstitusi bukan kerajaan yang terletak di PengkalanHulu. Sebuah pekan kecil daerahHulu Perak yang bersempadandengan negeri Kedah danSelatan Thailand. Daerah ini agak terpinggirdari arus perdana yang melanda di bandar-bandarbesar di Malaysia. Kebanyakan penduduk terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah dansederhana. Diatas kesederan untuk menyelesaikan masalah sosial dan tuntutanfardzu kifayahKediaman Abu Nur mula dibina padaawal tahun 2002, diatas tanah hakmilik persendirian seluas2 ekar.

Pusat jagaan ini dinamakankediaman Abu Nur adalah mengambil sempena namasebuah Pusat pengajian yang juga bukan kerajaan di Negara ambiak iaitu Syria. Dengan harapanmudah-mudahan Kediaman Abu Nur, Pengkalan Hulu juga akan berjayasepertimana Jami’ahAbu Nur di Syria.

Kediaman Abu Nur berjaya mengambilpenghuni pertamanya pada tahun 2005.Kumpulan sasar kediamanini ialah anak-anak yatim dan anak-anak yang kurang bernasib baikserta wargaemas yang terabai. Seperti mana pusatjagaan lain yang berdaftar dengan JabatanKebajikan Masyarakat, pusat jagaan ini jugamenerima geran tahunan dari jabatantersebut.Dengan kadar kosperbelanjaan yang tinggi geran tersebut tidak dapat menampungdanmenyelesaikan masalah perbelanjaan pusat jagaan ini.

Melalui paparan maklumat laman ini pihakpentadbiran berharap, masyarakat Malaysiadapat mengenali Kediaman Abu Nur dengan lebihdekat lagi. Kediaman Abu Nur juga sediamenerimapandangan dan teguran membina bagi meningkatkan lagi perkhidmatan, juga berharapdapatmemberi manfaat kepada semua pihak


 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!