Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM)

Single parents, Support Groups

Websitempitm.blogspot.com
Phone number+607-3311477
Fax number+607-3321477
Year of establishment2002
AddressNo. 38, Jalan Serunai, Taman PKEINJ Kebun Teh, 80250 Johor Bahru
Registration number596

LATAR BELAKANG MPITM

Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM) adalah merupakan sebuah NGO wanita yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 596.

MPITM telah didaftarkan pada tarikh 2hb Mei 2002 di atas arahan YB Senator Datuk Sri Shahrizat bt. Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga ketika itu melalui surat rasmi Kementerian rujukan HAWA-03/4/9-2 KLT6 bertarikh 19hb Disember 2001.

Penubuhan MPITM adalah merupakan sebahagian daripada usaha pihak Kerajaan untuk merealisasikan satu kaedah pemangkin golongan ibu-ibu tunggal yang terdapat di seluruh Negara serta juga untuk memastikan mereka ini dapat diberikan bantuan serta perhatian yang sewajarnya, selaras dengan misi pembangunan hal-ehwal wanita Negara. MPITM telah diberikan tanggungjawab dan peranan untuk menjadi satu badan induk serta penghubung utama diantara kumpulan sasar ini dengan pihak Kerajaan.

MPITM kini mempunyai sejumlah sembilan (9) persatuan dan pertubuhan ibu-ibu tunggal dari seluruh pelusuk Negara yang bernaung di bawahnya.

MPITM kini mempunyai sejumlah  lapan belas (18 ) pertubuhan dan persatuan ibu-ibu tunggal dari pelusuk Negara yang bernaung dibawahnya.

Bilangan dan nama persatuan yang bergabung dengan MPITM:

  1. Pertubuhan Ibu Tunggal C.A.R.E. Negeri Johor Darul Takzim
  2. Persatuan Ibu Tunggal Johor Bahru
  3. Persatuan Ibu Tunggal Ummi Mawarnis Pasir Gudang Johor
  4. Persatuan Ibu Tunggal CARE Cawangan Ledang Johor
  5. Persatuan Ibu Tunggal CARE Cawangan Segamat Johor
  6. Persatuan Ibu Tunggal Mekar Batu Pahat
  7. Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal Negeri Sembilan
  8. Persatuan Ibu Tunggal Melaka
  9. Persatuan Ibu Tunggal Anggerik Murni Shah Alam
  10. Persatuan Ibu Tunggal Mawar Sugi Selangor
  11. Persatuan Ibu Tunggal Sayangku Sepang
  12. Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah WP  dan  Selangor
  13. Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal An-Nur Kuala Lumpur  Selangor
  14. Persatuan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor
  15. Pertubuhan Ibu Tunggal Nurkasih Perak
  16. Persatuan Ibu Tunggal Terengganu
  17. Persatuan Ibu Tunggal Pantai Barat Sabah
  18. Persatuan Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan Labuan

 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!