AL-I’TISAM RELIEF PROGRAM (ARP)

Support Groups

Email addressinfo@arp.org.my
Websitearp.org.my
Phone number+603-7846 1880
Phone number+6016-205 1880
Year of establishment2013
AddressNo.20A Jalan Opera J U2/2 Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
Registration numberPPM-014-10-08042013
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

MISI

MEMBAWA SINAR HARAPAN DAN KECERIAAN

VISI

Menjadikan ARP sebuah organisasi yang bergiat aktif membantu golongan yang memerlukan di peringkat lokal dan global.

OBJEKTIF

Menjadikan ARP sebuah NGO yang terus komited memperjuangkan soal kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan.

Mendapatkan kepercayaan seluruh ahli masyarakat, badan korporat, dan para penyumbang melalui pengurusan yang cekap, berintegriti, dan amanah.

Memasarkan jenama ARP sebagai sebuah NGO yang aktif bukan sahaja di Malaysia bahkan seantereo dunia melalui rangka strategi pemasaran yang berkesan.

Kunjungan seorang rakyat kemboja dalam tahun 2006 merupakan titik mula misi bantuan kemanusiaan ARP bergerak walaupun secara suka-suka tanpa organisasi berdaftar.

Kisah sedih kehidupan masyarakat Islam yang miskin di Kemboja yang hanya makan daging pada hari-hari kebesaran Islam sudah cukup memilukan dan memberi motivasi untuk menggerakkan misi bantuan pertama ke Kemboja.

Secara spontan 25 ekor lembu korban berjaya dikumpulkan dan dihantar ke beberapa perkampungan Islam berhampiran sempadan Vietnam kira-kira 8 jam perjalanan dari Phnom Penh melalui jalan darat. Sumbangan tersebut disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh penduduk kampung yang jauh ketinggalan dalam serba serbi kehidupan.

Misi bantuan ini berterusan serta berkembang sebagai aktiviti kebajikan Kompleks Islam Al-I’tisam atau KIAI. Portfolio skop bantuan menjadi semakin meluas dengan pelancaran Misi Stand Up For Gaza, Misi Bantuan Penduduk Mangsa Krisis Lahad Datu, Bantuan Warga Miskin Anak Kariah dan sebagainya.

Melihat kepada perkembangan tersebut, satu keputusan penting telah dibuat untuk mendaftar ARP sebagai sebuah NGO bagi membolehkan aktiviti dijalankan dengan lebih tersusun, berkesan serta mempunyai akuntabiliti yang lebih baik kepada penyumbang dan juga kumpulan sasaran.

Oleh yang demikian tertubuhlah AL-I’TISAM RELIEF PROGRAM atau PROGRAM CERIA AL-I’TISAM yang selamat didaftarkan pada 8 April 2013 untuk memikul sebuah MISI;

“MEMBAWA SINAR HARAPAN & KECERIAAN”

“DELIVERING RAY OF HOPE & RELIEF”


 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!