Rumah anak yatim ini telah dibangunkan untuk membantu anak-anak yatim/miskin yang kurang bernasib baik.
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/ Miskin Darul Hikmah ini telah dibangunkan pada tahun 1991 oleh Puan Hjh. Embun bt. Mohd Ali dan suaminya Haji Din Bin Kimmy dengan menggunakan wang simpanan pencen mereka di atas kawasan seluas 32 ekar yang mana mereka telah wariskan ke rumah anak yatim ini.

Beberapa bangunan disediakan untuk kemudahan penghuni rumah kebajikan ini antaranya ialah surau, dewan makan, perpustakaan, padang bola, kuaters anak-anak, rumah tetamu, rumah pekerja dan lain-lain.

Anak-anak yatim/miskin yang mendiami rumah kebajikan ini diasuh seperti anak sendiri, diberi keperluan dan segala kelengkapan diri, serta di beri pendidikan agama dan akademik di sekolah kerajaan. Pendidikan agama senantiasa diajar oleh penjaga-penjaga mereka dalam kehidupan seharian. Anak-anak yang terdapat disini terdiri dari golongan sekolah rendah sehingga sekolah menengah.

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi, rezeki anak-anak yatim di sini sentiasa mengalir. sumbangan daripada dermawan amat kami hargai. Pelbagai jenis sumbangan tidak kira daripada bentuk wang, pakaian, makanan, pencuci ataupun perkhidmatan kami terima dengan ikhlas hati

Kami mengalu-alukan kerjasama & sumbangan anda.

1. Sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan ke :

No. Akaun : 25811400001340
Bank : RHB Bank
Nama : Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin Dahikmah

2. Untuk khidmat sukarelawan, pihak kami boleh di hubungi di talian :

05 – 3593190   ( Pejabat )
019 – 9792129 ( Ustaz Riyazullah Bin Ibram Shah) Penyelia 

atau emelkan kepada [email protected]

Learn More

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin Dahikmah Gopeng

[email protected]Email
www.dahikmah.comWebsite
+605-3593190Phone Number
+6019-3832633Phone Number
PPM-005-08-05092006Registration Number
383, Jalan Pintu Padang, Kampung Sungai Itek, 31600 Gopeng, PerakAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati