Email addressmalaysia_yakin@yakinmalaysia.com
Websiteyakinmalaysia.com/
Phone number03-92837853
Fax number03-92823853
AddressBadan Amal Kemajuan Insan Malaysia, 99-3 Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

TENTANG KAMI

ONE STOP CENTRE

Perkhidmatan Pusat Runding cara Harian

  • Pusat aduan dan runding cara
  • Pusat khidmat nasihat
  • Penyelaras & menyalurkan maklumat dari segi pembangunan sosial seperti bantuan kewangan, makanan, kebajikan, rawatan & perubatan, perumahan ,pendidikan dan sebagainya.
  • Menganjurkan program pembangunan & komuniti seperti seminar, teknologi maklumat dan komunikasi, kursus motivasi dan kekeluargaan kempen-kempen kesedaran dan sebagainya untuk kumpulan sasaran YAKIN Malaysia

Objektif

Objektif YAKIN Malaysia adalah sebagai penyalur informasi, penyelaras dan pelaksana program pembasmian masalah kemiskinan dan sosial kepada Jabatan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGOs), Swasta dan agensi-agensi lain yang memberi khidmat bantuan, juga memberi keyakinan, semangat berdikari, ilmu & kemahiran, tunjuk ajar serta pekerjaan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Konsep

YAKIN Malaysia mempunyai konsep yang berlainan dengan agensi NGOs yang lain iaitu melalui Konsep A.K.A.R yang bermaksud YAKIN Malaysia mempunyai banyak saluran khidmat bantuan seperti memberi latihan kemahiran, membantu mencari pasaran, peluang pekerjaan, pendidikan dan kelas bimbingan (tuisyen) yang bukan hanya berbentuk membasmi masalah kemiskinan dan sosial tetapi memberi peluang kepada golongan yang kurang bernasib baik ini memajukan diri sendiri / keluarga ke arah kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Accuracy – Sama rata
Knowledge – Pengetahuan
Achievement – Pencapaian
Result – Keputusan

 

Piagam Pelanggan

  • Melaksanakan keputusan kes-kes berbentuk bantuan serta merta dan sementara dalam tempoh 7 hari berkerja berikutnya
  • Melaksanakan keputusan kes-kes berbentuk bantuan jangka panjang dalam tempoh 15 hari bekerja.
  • Memberi perkhidmatan sewajarnya kepada klien dengan mengambil maklumat, memproses dan menyiasat untuk membuat keputusan.
  • Memaklumkan keputusan kes berbentuk segera, sementara dan jangka panjang dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Merahsiakan semua maklumat yang telah didaftar oleh klien.
  • Memberikan khidmat dan melayani secara berterusan.

Kemudahan Bantuan yang Disediakan Oleh Rakan Kongsi

Kebajikan

  • Bantuan Kewangan Kepada Keluarga Yang Memerlukan, Warga Tua dan Orang Kurang Upaya
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan kediaman
  • Bantuan Berkaitan Mata (cermin mata)
  • Penasihat dan menyelesaikan masalah hutang / Kaunseling
  • Rumahtangga

Pendidikan

  • Biasiswa dan pinjaman untuk ke pengajian yang lebih tinggi
  • Yuran kelas tambahan
  • Tadika
  • Subsidi untuk latihan kemahiran
  • Kursus Motivasi
  • Kursus ICT


Peluang Pendapatan

  • Skim Utama Ibu Tunggal
  • Penasihat Dalam Bentuk Perniagaan
  • Pertanian

Perumahan

  • Penasihat dalam sewa beli rumah
  • Pembelian rumah kos rendah
  • Penyewaan rumah kos rendah, flat atau rumah panjang
  • Rumah perlindungan sementara
  • Rumah anak anak yatim, orang tua, OKU, remaja bermasalah, muallaf, kaum Cina dan India.

Fokus Pengoprasian

  • Kawasan perumahan kos rendah
  • Kawasan kampong setinggan
  • Kawasan pinggiran Bandar
  • Pusat membeli-belah
  • Tempat-tempat awam
  • Pusat hiburan
  • Tumpuan umum
  • Hospital
  • Balai polis
  • Luar Bandar
  • Kawasan orang asli
  • Kawasan terpencil
  • Kawsan perkampungan (tradisional)
  • Dan manoriti bumiputra Sabah/Sarawak

Kumpulan sasar

  • Warganegara Malaysia
  • Semua bangsa
  • Lelaki / perempuan
  • Pendapatan isi rumah kurang RM750 sebulan
  • Memerlukan kos rawatan perubatan yang berterusan
  • Ibu / bapa tunggal
  • Remaja hilang arah
  • Anak – anak yatim
  • Muallaf
  • Warga Emas
  • Golongan teraniaya
  • Miskin

Perkhidmatan Profesional

  • Pusat Runding Cara Harian (One Stop Centre)
  • Khidmat Kaunseling
  • Khidmat Guaman
  • Perkhidmatan dan Latihan
  • Rumah Lindungan Kasih
  • Institut Tahfiz & Kepimpinan
  • Pusat Jagaan Warga Emas

Kemudahan Bantuan yang Disediakan Kongsi

  • Bantuan kewangan kepada keluarga & individu yang memerlukan, Warga Emas, Orang Kelainan Upaya
  • Bantuan perubatan
  • Bantuan berkaitan mata (cermin mata)
  • Penasihat & menyelesaikan masalah hutang kaunseling rumahtangga

Khidmat Bantuan

Kepada individu yang memerlukan bantuan dan khidmat Runding Cara Harian “One stop Centre” haruslah :

  • Membuat temujanji
  • Menuruti segala syarat yang ditetapkan sewaktu sessi lawatan dijalankan.

Anda boleh menghubungi kami pada waktu pejabat ditalian pejabat atau datang terus ke alamat yang tertera.

YAKIN Malaysia,
Badan Amal Kemajuan Insan Malaysia,
99-3 Jalan Kampung Pandan,
55100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-92837853
Fax : 03-92823853
Email Address : malaysia_yakin@yakinmalaysia.com

Sumbangan kewangan ini boleh dibuat melalui cek/draf Bank/ kiriman wang pos/ atas nama :

YAKIN MALAYSIA
AKAUN NO : 14153 0100 1378 9 (BANK ISLAM BERHAD)

Setiap sumbangan yang disalurkan akan dikeluarkan resit rasmi, resit tersebut boleh digunakan untuk taksiran cukai pendapatan ( ruj no: LHDN 01/35/42/51/179-6.5841 ).

TAWARAN KEMASUKAN

Penjaga atau waris dipelawa untuk menghantar anak yatim, miskin, yatim piatu, teraniaya, hilang arah) TIDAK TERMASUK remaja bermasalah (social) & mengandung, di bawah jagaan tuan/puan ke asrama kami mulai sekarang atau pada bila-bila masa. Kanak-kanak atau remaja yang berumur 9 hingga 16 tah un akan diberi penempatan, bimbingan, jagaan, persekolahan dan makan minum secara PERCUMA. PEREMPUAN SAHAJA.

Cara Pengambilan anak yatim, miskin, yatim piatu, teraniaya, hilang arah.

Berikut adalah dasar-dasar pengambilan kes:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Anak-anak yang kematian bapa atau kedua-duanya
  3. Anak-anak yang bersedia ke sekolah berumur antara 9 hingga 16 tahun
  4. Anak-anak yang sihat tubuh badan dan tidak cacat setelah mendapat pengesahan doktor
  5. Keluarga yang miskin dan tiada waris yang terdekat yang bersedia menanggungnya
  6. Teraniaya & hilang arah
  7. Anak-anak yang mempunyai minat dan kesungguhan untuk melanjutkan pelajaran dan memperbaiki kehidupan serta keluarga pada masa hadapan.

Cara Memohon Masuk

  1. Waris mengambil dan mengisi Borang Permohonan Masuk.
  2. Borang boleh diambil di Pejabat RLK atau mengisi secara online
  3. Pegawai Penyiasat akan menghubungi waris dan mengunjungi waris untuk melihat sendiri keadaan keluarga anak-anak ini

Aspek yang diberi perhatian ialah :

  1. Latar belakang keluarga
  2. Keadaan tempat tinggal
  3. Tahap ekonomi keluarga
  4. Keadaan diri
  5. Kesihatan
  6. Persekolahan pelajar dan
  7. Suasana keluarga serta
  8. Persekitaran kehidupan anak-anak yatim ini.

Hasil siasatan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran untuk semakan dan kelulusan. Menghubungi waris anak-anak yatim menyatakan persetujuaan menerima atau menolak permohonan mereka.


 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!