Peniagawati

Social Enterprise, Women

Email addresspeniagawati@gmail.com
Websitepeniagawati.com/wp
Phone number+6018-2141 600
Phone number+603-6158 1600
Year of establishment1980
AddressNW-03A-26, Cova Square, Jalan Teknologi,Kota Damansara, PJU 5 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Setelah didaftarkan pada 24 Mac 1980, Peniagawati kekal menjadi persatuan yang terulung bagi usahawan wanita Bumiputera di seluruh negara. Jasa kesemua Presiden Peniagawati tetap dikenang apabila diimbas kembali pencapaian Peniagawati sejak ditubuhkan. Mereka yang memikul tanggungjawab menerajui Peniagawati adalah Allahyarhamah Puan Hajah Zainon Tan Sri Zainal Abidin (1980-1986), Allahyarhamah Puan Hajah Faridah Shamsuddin (1986-1992), Dato’ Maznah Abd Hamid (1992-1997), Datuk Mohaiyani Shamsudin (1997-1999), Puan Sri Ashidah Minin (1999-2003), Dato’ Hazimah Zainuddin (2003-2012) dan Dato’ Azlin Ahmad Shaharbi (2012-kini). Bakti Penaung Peniagawati, Dato’ Seri Rafidah Aziz yang telah memberikan bimbingan sebagai penaung semenjak Peniagawati ditubuhkan juga memainkan peranan yang penting di dalam kemantapan dan kematangan persatuan. Kesemua enam Presiden, walaupun mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza berjaya membawa Peniagawati ke hala tuju yang sama iaitu kearah menjadi persatuan yang mampu meingkatkan taraf usahawan wanita Bumiputera dan menonjolkan penyertaan mereka dalam pembangunan negara.

VISI

Untuk menjadikan PENIAGAWATI sebuah persatuan yang mantap berpengaruh lagi dihormati bagi menjadi wadah kepada perjuangan wanita dalam perniagaan dan profesyen.

MISI

Berusaha merealisasikan potensi keusahawanan wanita bumiputra dengan menganjurkan program-program latihan dan kursus bimbingan bagi meningkatkan bilangan usahawan wanita bumiputra yang mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.

OBJEKTIF

Objektif PENIAGAWATI adalah untuk memartabat dan memperkasakan golongan usahawan wanita bumiputera di seluruh negara dari segi kualiti dan kuantiti dan bagi mencapai objektif ini,

PENIAGAWATI melaksanakan beberapa strategi termasuk:
  • Mewujudkan perkenalan di kalangan wanita-wanita Bumiputera dalam perniagaan dan profesyen dan mengembangkan serta membantu perniagaan dan profesyen ahli-ahli;
  • Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan awam dalam menjayakan Dasar Ekonomi Baru;
  • Memberi dan / atau membantu mendapatkan pengetahuan pakar, latihan dan perkhidmatan untuk ahli-ahli dalam bidang perniagaan dan profesyen; dan
  • Mewakili ahli-ahli kepada pihak-pihak berkuasa dan badan-badan berkenaan

 
Do you know of an update to this profile? Let us know by clicking here!