Sejarah kami

Pencetus pemikiran menubuhkan Badan Khidmat Islam Perak atau BAKIP awalan tahun 1984, oleh Allahyarham YB Dato’ Haji Mior Aris Meor Abu Bakar selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Perak dan Allahyarham Ybhg. Dato’ Haji Osman Baki masa itu yang Dipertua Majlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak dengan dibantu oleh beberapa orang tokoh – tokoh agama dan kenamaan yang berprihatin untuk mewujudkan sebuah badan sukarela bagi membantu meringankan tugas – tugas yang dilaksanakan oleh pihak MAIPK. Mereka – mereka yang merangka aktiviti BAKIP iaitu Ybhg, Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Abd Kadir (Timbalan Pengerusi ), Tuan Haji Anwar Bin Meor Hamzah (Naib Pengerusi) AF, Sheikh Haji Mohd Nor Al Hafiz (Setiausaha), Ybhg, Dato’ Haji Ahmad Dato Haji Ismail (jawatankuasa), Tuan Haji Mohd Helmi Abdullah dan beberapa nama, tapi yang lebih berperanan penting wujudnya BAKIP ini adalah Allahyarham Dato Seri Haji Ahmad Said (Bekas Menteri Besar Perak), maka dirangka tugas yang akan dilaksanakan BAKIP untuk perkhidmatan masyarakat Islam khususnya, iaitu :

Objektif kami

  • Memberi perlindungan (pendidikan) dan bantuan kepada anak – anak yatim.
  • Memberi khidmat dan kebajikan dalam perkara – perkara kemalangan, kematian, sakit, kesulitan hidup, kelahiran bayi, kecemasan, orang – orang tua, pengemis dan sebagainya.
  • Menimbulkan kesedaran terhadap tanggungjawab kejiranan.
  • Menjalankan kegiatan – kegiatan dakwah.
  • Slogan yang diwujud dan masih terdapat di daerah – daerah ciptaan BAKIP terutamanya berhampiran masjid – masjid iaitu “HORMATILAH JIRAN “.

Pernah suatu masa dahulu BAKIP telah diberi kepercayaan oleh MAIPK. Melaksanakan tugas – tugas dalam bentuk menyampaikan sumbangan kewangan kepada golongan fakir – fakir miskin setiap daerah – daerah yang sepatutnya dilakukan oleh pihak Baitulmal, begitu juga menguruskan jenazah yang tidak berwaris juga dilaksanakan sehingga kini masih dikekalkan seorang petugas yang dibayar gaji bulanan, ditempatkan di Hospital Ipoh.

Bagi memperluaskan aktiviti, BAKIP telah diperuntukkan sebuah rumah kerajaan di No 133, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, Ipoh untuk dijadikan penempatan anak – anak yatim yang daif dan memerlukan pembiayaan persekolahan. Maka pada tahun 1986, bermula era pembelaan nasib anak – anak yatim yang dilaksanakan, dengan pengambilan sulung seramai 38 orang lelaki.

Pada tahun 1988, kemasukan peringkat ke dua diambil seramai 28 orang perempuan, pengambilan dilakukan secara berperingkat – peringkat berterusan sehingga kini hampir seramai 1500 org lelaki/ perempuan telah dibiayai dengan sempurna mengharungi kehidupan sendiri sekarang.

Setakat ini pemerhatian dari pihak – pihak tertentu seperti Kerajaan Negeri, Pusat, Agensi Kerajaan / Swasta serta badan – badan berkanun telah tampil memberikan sumbangan, samada kewangan , peralatan dan sebagainya, umpama sebuah bas telah disumbangkan oleh Yayasan Kebajikan Negara Malaysia dengan nilai RM110’000 dan dua buah van untuk kegunaan pengangkutan anak – anak yatim ke sekolah dengan bayaran cukai jalan secara percuma oleh Jabatan Pengangkutan Jalan melalui Kementerian Pengangkutan.

Yb Dato Dr Haji Abd Malek Mohd Hanafiah merupakan pengerusi yang ke empat, pertama Allahyarham Yb Dato Haji Mior Aris Meor Abu Bakar, yang kedua Yb Dato Haji Mohd Razlan Haji Abd Hamid dan yang ketiga Ybhg Dato Haji Mohd Zaim Haji Abd Hasan ( Bekas adun Blanja).

Aktiviti kami

Anak – anak yatim BAKIP telah mencapai kejayaan cemerlang dalam akitiviti yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak – anak Yatim Malaysia (PEYATIM) iaitu Majlis Tilawah Alquran, Pertandingan Nasyid, Syarahan dan Berzanzi yang dimulakan pada tahun 1992 dengan pencapaian berikut:

1) Tilawah Al-quran

– Qari – johan 3 kali berturut – turut.

– Qariah – johan 4 kali berturut – turut

2) Pertandingan Nasyid

– Lelaki – johan sekali

– Perempuan – johan sekali

3) Berzanzi

– Perempuan – tempat ketiga

Aktiviti di atas juga Kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan BAKIP telah diberi kepercayaan oleh penganjur untuk menjadi tuan rumah pada tahun 1999, semasa itu Ybhg. Dato’ Haji Mohd Zaim Haji Abu Hassan selaku pengerusi telah dijayakan dengan paling berjaya dengan penyertaan daripada seluruh Negeri – negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Pada 1995, BAKIP telah didaftarkan sebagai badan sukarela secara langsung dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan, bertujuan untuk menggerakkan BAKIP lebih jauh terutama di bidang ekonomi, berbeza sebelum ini diwujudkan di bawah MAIPK , tetapi hubungan erat tetap terjalin dengan pihak MAIPK kerana kedudukan Pengerusi selaku pemegang Portfolio Exco Hal Ehwal Agama Negeri.

Program kami

Wawasan BAKIP ke arah berusaha untuk membina sebuah wisma /kompleks yang lengkap ngan kemudahan yang menempatkan 1000 – 1500 orang anak – anak yatim dalam tempoh semasa. Sekarang ini hanya mampu menempatkan 50 orang sahaja , sedangkan bilangan anak yatim yang memerlukan pertolongan masih ramai.

Learn More

Badan Khidmat Islam Perak (BAKIP)

bakip.org/v3Website
+605 2560 212Phone Number
+6012 5150 101Phone Number
Established since 1984Year of Establishment
Komplek Anak Yatim Badan Khidmat Islam Perak (BAKIP) Lot. 339319, Bandar Meru Raya Meru 30020 Ipoh Perak Darul RidzuanAddress
Visit Us

 
Every donation is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.