PERKAYA diilhamkan oleh YAB Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar bin Ahmad Menteri Besar Terengganu (1970-1999) dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 8 April 1979. Beliau telah meminta YBM Dato’ Tengku Mahmud bin Mansor, Pengerusi jawatankuasa Kebajikan Am dan Pemuliharaan Negeri Terengganu ketika itu “….untuk menangani masalah penderitaan dan kesusahan serta keperitan hidup yang dialami oleh sebahagian anak-anak yang bergelar ‘yatim’ ekoran kemiskinan keluarga, terbiar dan tidak mendapat layanan dan kemudahan asas yang diperlukan.” Lanjutan dari keputusan mesyuarat beberapa perbincangan telah dijalankan melibatkan pelbagai kumpulan strategik untuk mencari kaedah dan pendekatan yang terbaik menangani isu ini. Penubuhan sebuah pertubuhan kebajikan anak-anak yatim merupakan kaedah terbaik yang diperoleh.

 

PERANAN PERKAYA
1. Mewujudkan satu pengurusan pertubuhan kebajikan yang cekap dan berkesan.
2. Memperkukuhkan dan mempelbagaikan sumber kewangan PERKAYA untuk berdikari dalam bidang kewangan.
3. Membina dan menguruskan sebuah kompleks asrama anak yatim yang bestari.
4. Menubuhkan sebuah dana sebagai sumber tetap untuk membela kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim di Terengganu.

 

VISI & MISI PERKAYA

VISI
Untuk menjadikan sebuah pertubuhan kebajikan yang mantap dan berkemampuan membela nasib masa depan anak-anak yatim di Terengganu melalui pencapaian mereka yang cemerlang dalam pendidikan dan kerjaya

MISI
Untuk menggabungkan tenaga sukarela dalam menggerakkan kegiatan yang mampu memberi pembelaan dan pendidikan yang bermutu kepada anak-anak yatim di Terengganu

Learn More

PERKAYA Terengganu

[email protected] Email
perkayaterengganu.blogspot.comWebsite
+609 62249 24Phone Number
+609 6314 924Fax Number
423-B, Jalan Pusara, 20400 Kuala TerengganuAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. For those donating to HATI TOY Project Malaysia, kindly mentioned 'TOY' in the 'cause of donation' column below. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.