Penubuhan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Orang Asal Perak dicetuskan oleh beberapa individu Orang Asli atas kesedaran bahawa masyarakat Orang Asli di Negeri Perak masih jauh ketinggalan dalam pembangunan kebudayaan dan kesenian. Pada masa kini, tanggungjawab membangunkan dan memajukan kebudayaan kesenian Orang Asli Perak hanya dilakukan oleh segelintir masyarakat sahaja yang kebanyakkannya bukan dari golongan Orang Asli sendiri.

Usaha dan minat yang ditunjukkan oleh pihak-pihak berkenaan telah menyedarkan masyarakat Orang Asli Perak bahawa mereka sendiri perlu bersama-sama tampil berusaha dalam membangunkan kebudayaan dan kesenian masyarakat mereka sendiri. Justeru itu, Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Orang Asal Perak ditubuhkan dengan tujuan bagi mempelbagaikan atau memperbanyakkan lagi agensi bukan kerajaan (NGO) yang tulus ikhlas ingin membantu masyarakat Orang Asli. Penubuhan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Orang Asal adalah melambangkan komitmen dari masyarakat Orang Asli Negeri Perak dalam usaha membantu membangunkan kebudayaan dan kesenian masyarakat mereka sendiri.

MISI -Memajukan dan mengembangkan kebudayaan, kesenian, adat resam tradisi masyarakat Orang Asli.

VISI -Melahirkan masyarakat Orang Asli yang berkebolehan dalam bidang seni kebudayaan ke arah yang lebih cemerlang. OBJEKTIF Mengekalkan warisan kebudayaan dan kesenian Orang Asli.

MATLAMAT

a. Berusaha untuk melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat Orang Asli tentang kepentingan seni kebudayaan serta memupuk budaya cintakan ilmu tarian.

b. Melahirkan masyarakat Orang Asli yang boleh mengeluarkan hasil pemikiran dan kemampuan diri melalui aktiviti berunsurkan kebudayaan dan kesenian.

c. Berikthiar bagi mengawal, memelihara, memajukan dan mengembangkan kebudayaan, kesenian, adat resam tradisi masyarakat Orang Asli sebagai satu suku bangsa dan menonjolkan keunikan adat resam masyarakat Orang Asli di pelbagai peringkat daripada peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa.

d. Menjadi penghubung di antara masyarakat Orang Asli dengan agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam aspek pembangunan kesenian, kebudayaan, pendidikan, kesihatan, sukan, ekonomi dan sosial. e. Membeli, mendapat dan memiliki tanah serta harta benda.

Persatuan Kebudayaan Dan Kesenian Orang Asal Negeri Perak (PKKOAP)

[email protected]Email
+605 253 4667 / +605 242 8021Phone Number
+6010-251 4990Phone Number
21b, Medan Istana 3, Bandar Ipoh Raya, 30 000 IpohAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati