YAYASAN SAUJANA HIJRAH telah ditubuhkan pada 30 DESEMBER 2024 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan yang bebas, tidak berasaskan keuntungan, dan diurus tadbir sepenuhnya oleh ahli-ahli lembaga pemegang amanah yang dilantik.
Tujuan asas penubuhan YAYASAN SAUJANA HIJRAH adalah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang memberi penekanan kepada Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan kepada masyarakat sekitar khasnya buat mereka yang kurang berkemampuan dan berada di paras kemiskinan.
YAYASAN SAUJANA HIJRAH diterajui oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada golongan profesional berpengalaman dalam bidang pendidikan, pembangunan modal insan, kebajikan sosial dan keusahawanan komuniti. Gabungan kepakaran ini menjadi tunjang kepada tadbir urus yayasan yang berintegriti, berfokus dan berorientasikan impak sosial.
Ahli lembaga bertanggungjawab merancang, memantau dan memastikan pelaksanaan program-program yayasan berjalan selari dengan objektif penubuhan, khususnya dalam aspek pemerkasaan pendidikan, peningkatan kemahiran dan kesejahteraan komuniti.
Kami percaya bahawa pembangunan masyarakat yang lestari bermula dengan akses kepada ilmu, latihan dan sokongan yang berterusan. Justeru, YAYASAN SAUJANA HIJRAH komited untuk kekal aktif menyediakan inisiatif bantuan, program pembangunan kapasiti dan jaringan sokongan strategik bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat serta melahirkan individu yang berdaya tahan dan berdaya saing.
Yayasan Saujana Hijrah
| [email protected]Email | |
| +6019-5709500Phone Number | |
| +6013-4232853Phone Number | |
| Established since 2024Year of Establishment | |
| PPAB-42/2024Registration Number | |
| No. 7.MKE. Titi Teras, 11000 Balik Pulau, Pulau PinangAddress |

Yayasan Saujana Hijrah