Siapa kami

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Dato’). Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi di-bawah Akta Pertubuhan 1966.

Manakala pada tahun 2009, setelah pihak kerajaan membuat semakan terhadap dasar belia negara, ABIM telah didaftarkan penubuhannya di-bawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007. ABIM telah melangsungkan Persidangan Agung Tahunan atau Muktamar yang pertama pada tahun 1972 di mana Prof Dr. Razali Nawawi telah dipilih sebagai Presiden pertama.

Era awal pergerakannya dicorakkan oleh usaha bagi memperteguhkan idealisme dan cita-cita perjuangan. Pelbagai kegiatan direncanakan bagi menjelaskan identiti ABIM sebagai sebuah pertubuhan belia dan gerakan Islam yang berteraskan prinsip dakwah dan tarbiah sebagai teras utama gerakannya.

Pada tahun 1974, ABIM telah memilih Sdr Anwar Ibrahim sebagai Presiden kedua. Sepanjang era kepimpinan beliau, ABIM muncul sebagai sebuah gerakan Islam yang berpengaruh di peringkat nasional dan antarabangsa, kerana pendirian tegasnya terhadap pelbagai persoalan ekonomi, kebudayaan dan politik.

Kepimpinan ABIM di Era Dato’ Dr Siddiq Fadzil mulai tahun 1983 telah menumpukan usaha dakwah bil hal (dakwah di dalam bentuk praktikal) untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat dan umat secara lebih berkesan dan proaktif.

Pada tahun 1991, Dr Muhammad Nur Manuty telah mengambil alih kepimpinan ABIM sebagai Presiden keempat. Di era ini, ABIM terlibat secara aktif dalam proses pembinaan negara selaku partner in nation building. ABIM juga mula mengembangkan peranannya di peringkat antarabangsa terutama sekali memperjuang nasib umat Islam di Afghanistan dan Bosnia Herzegovina.

Kepimpinan ABIM beralih kepada Hj Ahmad Azam Abdul Rahman pada tahun 1997. Di era ini, ABIM telah memperkukuhkan peranannya di arena antarabangsa menerusi penubuhan Misi Keamanan Sejagat (MKS). Di sebalik kemelut politik tanahair yang melanda pada ketika itu, ABIM telah menyumbang dengan konstruktif menggagaskan agenda Penyatuan Ummah seluruh masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Pada tahun 2005, Dr Yusri Mohamad telah mengambil alih kepimpinan ABIM sebagai Presiden ke enam. Di era kepimpinan beliau, ABIM telah menyumbang dengan aktif di dalam aspek kenegaraan terutama berkaitan isu kedudukan istimewa Islam di dalam perlembagaan dan persoalan syariah di dalam masyarakat majmuk.

Peralihan terbaru kepimpinan ABIM telah berlaku pada Ogos 2009 di mana Dr Muhamad Razak Idris telah dipilih sebagai Presiden ketujuh, yang menumpukan kepada menyegarkan semula idealism serta orientasi ABIM selaku gerakan Ilmu dan Bakti, yang kini dilanjutkan oleh Saudara Amidi Abd Manan selaku presiden ABIM kelapan mulai Julai 2011.

Learn More

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

[email protected]Email
www.abim.org.my Website
+603 - 4108 4500Phone Number
019-2881300 (admin) Phone Number
+603-4108 2400Fax Number
No. 6, Jalan TC 2A/2 Taman Cemerlang 53100 Kuala LumpurAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati