ABAD atau Angkatan Budaya Daerah Balik Pulau telah ditubuhkan pada 1 Januari 2000 dan telah diterima sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar pada 22 Oktober 2000. No.pendaftaran PPM/PG1045/00(2). Organisasi ini diberi nama Angkatan Budaya Daerah Balik Pulau adalah kerana keinginan dan semangat organisasi yang ingin mempelbagaikan karya seni, bukan sahaja dari segi persembahan teater semata-mata, malah pertubuhan ini berhasrat untuk memberi pendedahan dan menghasilkan pelbagai karya-karya seni lain buat santapan masyarakat supaya ianya dapat memvariasikan dunia seni tanah air.

Matlamat utama persatuan ini ialah berperanan sebagai pengerak, pemulih dan memperkembangkan aktiviti kebudayan yang berteraskan kesenian nasional khususnya di negeri Pulau Pinang.Semenjak ABAD ditubuhkan terdapat beberapa kejayaan yang diperolehi antaranya , menjadi juara festivel teater peringkat negeri dan kebangsaan serta memperolehi anugerah khas di dalam festivel muzik asli. Selain daripada itu pertubuhan ini telah membantu menjayakan beberapa acara berbentuk teater, ceramah dan muzik asli anjuran kerajaan negeri, badan berkanun dan pihak swasta. ABAD turut memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertubuhan ini. Mereka yang berminat untuk menyertai ABAD perlu membayar RM5.00 untuk yuran pendaftaran dan RM5.00 untuk yuran tahunan. Abad begitu mudah bergerak aktif kerana komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli. Selain daripada itu kebanyakan mereka adalah terdiri daripada golongan profesional yang berpengalaman pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. ini telah dapat membentuk serta melahirkan ahli – ahli yang begitu bersepakat dengan menjalankan segala bentuk aktiviti kebudayaan dengan semangat berpasukan dan setiakawan. Berbekalkan pengalaman dan kepakaran yang ada, ABAD berhasrat bermula pada tahun ini akan dapat melaksanakan aktiviti – aktiviti yang dirancang dengan teratur bagi menyalurkan kepada penggiat – penggiat dan peminat – peminat seni tempatan. Bagi Bagi melaksanakan aktiviti tersebut dengan efisyen, sokongan moral dan kewangan oleh pihak kerajaan amat dialukan, ia juga secara tidak langsung membantuk pihak kerajaan didalam menyalurkan segala bentuk aktiviti yang berorientasikan Kebudayaan Nasional.

VISI

  • Mewujudkan perkhidmatan kepakaran di dalam organisasi pengurusan secara lebih teratur.
  • Memberi khidmat secara one stop didalam memperkembangkan aktiviti kesenian yang berorientasikan Kebudayaan Nasional.
  • Mewujudkan khidmat nasihat dan perancang kepada segala bentuk aktiviti kesenian kepada masyarakat.
  • Memberi Kemudahan asas kepada masyarakat setempat berkaitan dengan keperluan fizikal didalam melaksanakan perkhidmatan kesenian.
  • Melahirkan sistem pengurusan yang cekap didalam organisasi persatuan.

MISI

  • Berusaha memajukan kerja -kerja Kesenian dan Kebudayaan di Daerah Balik Pulau yang bersesuaian dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan melalui aktiviti, Bengkel, seminar, ceramah, kelas dan perusahaan.
  • Berusaha melahirkan penggiat – penggiat kesenian dan kebudayaan yang mantap dan mempunyai kepekaan terhadap keperluan persekitaran yang selaras dengan hasrat pembangunan negara.
  • Sebagai penyalur minda kepada golongan pelajar, belia, masyarakat desa dalam faedah aktiviti berpesatuan.
  • Berusaha meningkatkan jumlah khalayak penggiat seni dan budaya.
  • Menjadikan Balik Pulau sebagai lokasi dokumentasi dan maklumat seni budaya tradisi.

Angkatan Budaya Daerah Balik Pulau (ABAD)

+6012 4560 351 Phone Number
+604 8662 063Phone Number
No 2A Jalan Sungai Nipah 3, Taman Genting Emas, 11020, Balik Pulau Pulau PinangAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati