Baitus Solehah adalah sebuah rumah perlindungan untuk menempatkan gadis-gadis terlanjur. Kita wajib menyelamatkan mereka dari berterusan melakukan perbuatan mungkar.Membimbing mereka untuk taubat nasuha, kembali mentaati Allah dan RasulNYA.
KONSEP DAN PELAKSANAAN BAITUS SOLEHAHObjektifBaitus Solehah ditubuhkan bertujuan:
1.Memberi tempat perlindungan sementara kepada pelatih yang sedang dalam krisis.
2.Menyediakan satu tempat perlindungan yang ‘Bi’ah Solehah’
3.Mendidik dan melatih pelatih mengenai ilmu kerohanian yang mantap melalui pengisian pemantapan kerohanian, pengurusan diri dan membina sikap bertanggungjawab
4.Menjadikan para pelatih sebagai satu kumpulan sokongan untuk pelatih yang lain dalam usaha mereka mengubah diri ke arah yang lebih baik
5.Membantu menguruskan pelatih yang hamil dari aspek kesihatan dalam proses kehamilan, kelahiran dan penjagaan bayi (sama ada dibela ibu atau diserah kepada keluarga angkat)6.Menjadikan bekas pelatih Baitus Solehah sebagai contoh islah sahsiah kamilah kepada masyarakat dan seterusnya memberikan sokongan kepada pelatih sedia ada untuk menjana perubahan diri.
Learn MoreBaitus Solehah
[email protected]Email | |
hati-seorang-ummi.blogspot.comWebsite | |
+6019-779 9682Phone Number | |
PPM-020-01-07032013Registration Number | |
No.14, Jalan Ara 3, Taman Sri Pulai, 81110 KANGKAR PULAI, JOHOR BAHRU JOHORAddress |