Batik Muhammad ( BM) adalah sebuah perniagaan milikan tunggal dan telah didaftarkan atas nama “ BATIK MUHAMMAD” pada 12 Disember 1996. No. Pendaftaran SSM: AS0190847-K. Batik Muhammad juga telah berdaftar di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Perkerja ( KWSP ) 1991 dengan no. Pendaftaran majikan ialah 013867992. Penaung merangkap pengurus perniagaan ialah Encik Muhammad bin Muda. Syarikat ini didaftarkan di Alor Setar, Kedah dan beroperasi sepenuhnya di Lot 1447, Pekan Bukit Payong, 06400 Pokok Sena, Kedah Darul Aman. Batik Muhammad menjalankan operasi perniagaan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Batik Muhammad adalah hak milik bumiputra sepenuhnya. Merupakan perusahaan yang di usahakan berasaskan batik . Batik yang diusahakan oleh syarikat kami adalah batik lukis tangan asli dan batik cop. Syarikat kami juga menerima tempahan individu dan juga berkumpulan. Syarikat BM sangat mementingkan kualiti produk yang dikeluarkan kerana kami menggunakan warna-warna (dakwat) remazol yang diimpot dari luar negara seperti Negara Jerman di mana warnanya tidak mudah luntur. Kain yang digunakan adalah dari jenis sutera jaquard, sutera satin, shiffon, crepe, sutera rayon, fuji dan paplin. Mutu pengeluaran batik yang dikeluarkan oleh BM juga setanding dengan batik dari Kelantan dan Terengganu yang memang terkenal dengan pembuatan batiknya. Oleh itu, individu atau badan-badan yang ingin membuat tempahan tidak perlu bimbang tentang kualiti produk kami kerana ianya adalah dijamin berkualiti dan bermutu tinggi. Syarikat BM juga menawarkan jahitan bagi pakaian kemeja lelaki iaitu berkolar biasa, berkolar raihan dan kemeja jenis butang biasa dan butang sembunyi. Mutu jahitan juga dijamin kerana kami mempunyai kepakaran dalam jahitan batik.

Batik Muhammad akan memberi perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi kehendak dan kepuasan kepada pelanggan dengan menyediakan contoh-contoh koleksi rekaan coraknya dan boleh diubahsuai mengikut citarasa pelanggan dari segi corak dan warna yang dipilih sekiranya ingin membuat tempahan . Pihak kami juga mempunyai pengalaman hampir 17 tahun dalam perusahaan batik ini. Ini membuktikan syarikat BM sudah berpengalaman agak luas dalam perniagaan ini. Batik Muhammad juga telah meluaskan pasarannya ke Pasaraya Carrefour iaitu di cawangan-cawangannya di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Syarikat BM telah banyak menerima tempahan-tempahan daripada sekolah-sekolah berasrama dan sekolah harian, Institut Pendidikan Guru di sekitar negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Namun tidak ketinggalan juga tempahan diterima daripada jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Majlis Sukan Negeri Kedah ( Sukan Sungai) yang menjadi agenda tahunan bagi sambutan ulangtahun hari keputeraan Tuanku Sultan Kedah dan sebagainya lagi. Selain itu BM mempunyai cawangannya di No 30, Arked Empire, Jalan Sultan Ibrahim, Alor Setar, Kedah. Oleh yang demikian, Syarikat Batik Muhammad telah diberi kepercayaan kerana pihak kami telah berupaya memberi perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan-pelanggan disamping komitmen serta ketepatan masa yang ditetapkan.

Chairman: Encik Muhammad bin Muda

 

Learn More

Batik Muhammad

Muhammad Bin MudaContact Person
[email protected]Email
batikmuhammad.blogspot.comWebsite
+6012-4822569Phone Number
+604 7824 188Phone Number
Established since 1996Year of Establishment
AS0190847-KRegistration Number
Lot 1447, Pekan Bukit Payong, 06400 Pokok Sena, KedahAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati