DARUL BAKTI ialah sebuah badan amanah dan sukarela yg didaftar atas nama “The Registered Trustee of DARUL BAKTI” pada 20 Febuari 1995 dibawah “The Trustees (Incorporation) Ordinance 1951 Cap. 148(Sabah), Negeri Sabah/Pendaftar Negara Sabah, Amanah Raya Berhad, Kota Kinabalu. (No. Pendaftaran : PN(SB)(TI)108/94)

DARUL BAKTI mempunyai dua Asrama berasingan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, Surau, Dewan Makan, Dewan Ilmu (dewan serbaguna), Gelanggang Futsal, Perpustakaan Kecil dengan beberapa komputer dan Sekolah Islamiyah khas untuk anak-anak yatim, susah, mualaf (miskin) dan berkeperluan berumur antara 6 – 17 tahun yang bersekolah di sekolah kerajaan. Kami juga mempunyai dua buah van Coaster untuk tujuan pengangkutan kanak-kanak.

DARUL BAKTI juga memberi khidmat belajar percuma di Sekolah Islamiyah Al-Badru kepada anak-anak yg tidak berkemampuan dari luar asrama.

DARUL BAKTI terletak lebih kurang 2 kilometer dari pekan Kota Belud, diatas tanah wakaf seluas 3 ekar, sumbangan dari Pengasasnya, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak.

DARUL BAKTI telah mendapat kelulusan PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN dari Jabatan Hasil Dalam Negeri yg berkuatkuasa bermula 1 Febuari 1997. (Rujukan: JHDN.01/35/42/51/179-6.4374)

Untuk menyumbang sila masukkan terus ke Akaun Atas Nama Darul Bakti : CIMB Bank 8005544698
Memandangkan PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN diberi untuk jumlah penuh yang disumbangkan kita memerlukan nama penuh, alamat dan maklumat transaksi bank, tarikh dan jumlah sumbangan untuk tujuan kami mengeluarkan resit rasmi. Sumbangan juga bolih dibuat menerusi cek dan tunai. Resit rasmi akan dikeluarkan untuk setiap sumbangan.

TUJUAN

  • Memajukan taraf kemasyarakatan dan pendidikan untuk kebajikan rohani dan jasmani kanak-kanak.
  • Menyedia kemudahan dan keperluan asas untuk membina ilmu bagi pembangunan dan perkembangan kanak-kanak.
  • Mewujud suasana kekeluargaan Islamiyah dengan menerapkan nilai murni serta akhlak dan peribadi mulia kepada kanak-kanak.
  • Memberi bimbingan, motivasi dan ceramah ke arah pembentukan Insan yang beriman dan beramal soleh.
  • Struktur PENDIDIKAN
  • Belajar di sekolah kerajaan yang berdekatan disebelah pagi/petang.
  • Belajar disekolah Islamiayah Al Badru disebelah pagi/petang.
  • Mengulangkaji pelajaran disebelah malam.
  • Khidmat tuisyen Sabtu dan Ahad. Gotong royong/pembersihan/berkebun pagi Sabtu.
  • Riadah/Sukan di sebelah petang dan Ahad.
  • Berjemaah setiap waktu solat.

Darul Bakti (Asrama Anak Yatim & Anak Berkeperluan)

[email protected] ; [email protected]Email
+6088975341Phone Number
+6019-807 7341Phone Number
+608 8975 341 Fax Number
S/PJB KK/002-2020Registration Number
KAMPUNG BOBOT, PETI SURAT 238 89158 Kota Belud, SabahAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati