Empire Project merupakan badan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan nama Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (EMPIRE PROJECT).
Empire Project telah beroperasi sejak empat tahun yang lepas di Kuala Lumpur bermula dengan aktiviti asas iaitu Street Feeding atau memberi makan buat para gelandangan. Dari setahun ke setahun, kami terus mencari peluang bagi menambah baik aktiviti-aktiviti kami. Sebelum ini, hanya Street Feeding yang kami jalankan setiap bulan. Namun kini, Empire Project telah menerokai dan menjadi perintis kepada beberapa aktiviti unik lain termasuklah Homeless ‘Selipar’ Project, Street Birthday Party, Empire ‘Sarong’ Project dan lain-lain lagi.

Empire Project juga mempunyai perancangan jangka panjang bagi membantu para gelandangan di Pusat Transit Gelandangan serta Anjung Singgah. Selain itu, kami juga akan cuba membantu anak2 dari keluarga miskin bandar di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapat pendidikan yang lebih baik demi masa hadapan mereka.

Objektif : Membantu masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Empire Project akan sentiasa menerokai peluang-peluang bagi mencipta keunikan dalam kebajikan. Kami ingin terus memupuk nilai-nilai kreatif serta praktikal dalam membantu masyarakat yang memerlukan dan tidak hanya tertumpu kepada pemberian makanan dan minuman sahaja. Dengan ini, kita bukan sahaja dapat membawakan pengalaman membuat kebajikan yang lain dari yang lain, tetapi lebih penting sekali, kita harap dapat mengisi kekosongan yang tidak diterokai NGO lain.

Anak-anak di jalanan adalah keutamaan kami. Sekiranya kita inginkan masa depan yang lebih baik buat mereka dan kadar gelandangan yang berkurangan di Malaysia, kita perlu bertindak sekarang dengan memberi pendidikan/ perlindungan yang terbaik kepada golongan anak-anak ini. Jika sesuatu tidak dilakukan, mereka pasti akan terus menjadi generasi gelandangan di masa yang akan datang (future homeless).

Terima kasih kepada semua sukarelawan dan penyokong yang memberi SOKONGAN PADU kepada EMPIRE PROJECT selama ini.

Untuk sumbangan Ke akaun rasmi Kami – MAYBANK EMPAYAR KEBAJIKAN MALAYSIA (EMPIRE PROJECT) – 564061431661.

Empire Project (Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia)

[email protected]Email
+6019-260 3760Phone Number
Established since 2016Year of Establishment
PPM-004-14-04032016Registration Number
Jalan 2/23 D 53300 Kuala LumpurAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati