Gabungan Persatuan Penulis Nasional atau ringkasnya ‘Gapena’ ditubuhkan pada 23 Oktober 1970. Gapena merupakan sebuah gabungan persatuan penulis dan budayawan di Malaysia yang berteraskan bahasa Melayu.

Tujuan Penubuhan

  1. Menyatupadukan penulis-penulis tanah air yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan;
  2. Mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis;
  3. Memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan;
  4. Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka;
  5. Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal iaitu Bahasa Melayu;
  6. Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana sahaja dalam Malaysia dan luar negara, dan bagi menyempurnakan tujuan ini Gabungan bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan korporat atau yayasan; dan
  7. Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kegiatan Gabungan

  1. Mengeluarkan majalah/lidah rasmi;
  2. Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkaya kesusasteraan dan ilmu pengetahuan;
  3. Mewakili penulis tanah air dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan penulis di dalam a. persidangan dan pertemuan-pertemuan penulis di dalam dan luar negeri; b. jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga-lembaga terutama sekali yang ada hubungan dengan bahasa dan kesusasteraan.
  4. Menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat membantu golongan penulis;
  5. Menjalankan langkah-langkah yang difikirkan patut dari semasa ke semasa, sesuai dengan cita-cita Gabungan.
Learn More

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)

Haji Abdul Aziz Mohd Ali ( Setiausaha Eksekutif) Contact Person
[email protected]Email
gapenasional.blogspot.comWebsite
+603-92263685 / +603 - 21442412Phone Number
+6019- 3196560Phone Number
+603 2141 0340Fax Number
Established since 1971Year of Establishment
PPM-003-14-25051971Registration Number
Rumah GAPENA, JKR 899, Jalan Belfield, Bukit Petaling, 50460 Kuala LumpurAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati