Idea penubuhan HaRUM (Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara) pertama kali telah diilhamkan penubuhannya apabila melihat kepada cabaran dan masa depan masyarakat Islam di Malaysia khususnya di Asia Tenggara amnya yang masih di dalam serba kekurangan seperti program-program bantuan kemanusiaan dan kebajikan, pendidikan dan keilmuan, pengkajian pensejarahan dan tamadun bangsa, pembangunan sosio–ekonomi dan pengupayaan masyarakat Islam melalui kemahiran dan pembangunan jati diri dan yang paling penting ialah cabaran bagi mengukuhkan persaudaraan dan mengeratkan ikatan kekeluargaan serta silaturahim masyarakat Islam menjadi faktor gagasan HaRUM ini ditubuhkan.

HaRUM ditubuhkan pada 30 November 2011 di Shah Alam. HaRUM merupakan gabungan beberapa NGO-NGO dan pertubuhan Islam yang berkongsi rasa dan cita-cita untuk mencetus kesedaran di kalangan masyarakat pelbagai lapisan akan hubungan kekeluargaan masyarakat Malaysia dan Asia Tenggara sebagai satu keluarga besar. Di atas dasar kekeluargaan ini maka pada April 2012 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Malaysia, HaRUM julung kalinya mengadakan satu program yang menghimpunkan masyarakat daripada seluruh Asia Tenggara dalam program Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara yang bertemakan ‘Di Sini Bermulanya Cinta’.

HaRUM kini sentiasa aktif untuk menggembeleng tenaga dan kepakaran di kalangan ahlinya untuk terlibat secara serius dalam semua usaha-usaha bagi memacu transformasi dan penyertaan dalam semua bidang dengan meneladani sejarah dan kebijaksanaan para tokoh ilmuan (ulama’) dan pemerintah (umara’) yang telah membangunkan masyarakat di Nusantara sebagai satu rumpun. Penggerak kejayaan HaRUM adalah di atas dedikasi dan keikhlasan ahli dan sekalian masyarakat yang menyumbang dalam industri dan bidang masing-masing dalam memahami nilai-nilai asas yang mengukuhkan kerukunan serta menjadi teras kesejahteraan rantau Asia Tenggara.

OBJEKTIF

  • Menganjurkan sebarang aktiviti bagi menyuburkan semangat persaudaraan dan kekeluargaan dalam kalangan ahli dan masyarakat.
  • Melaksanakan kerja ke arah pengupayaan masyarakat melalui peningkatan ilmu, pembinaan disiplin, kemahiran dan daya membangun jati diri dalam menangani permasalahan dan isu-isu sejagat diperingkat nasional dan Antarabangsa dengan memahami nilai-nilai asas yang mengukuhkan kerukunan serta menjadi teras kesejahteraan.
  • Mengadakan program komuniti untuk memberi khidmat kebajikan dan bantuan kemanusiaan kepada seluruh masyarakat tidak kira agama, bangsa dan negara.
  • Menganjurkan kerjasama dengan badan-badan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.
Learn More

HaRum – Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara

[email protected]Email
www.harum.org.myWebsite
+60 3 7831 9484Phone Number
+6019-303 8606Phone Number
Established since 2011Year of Establishment
PPM-004-10-14102013Registration Number
22-2 Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari 40150 Shah Alam, SelangorAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati