nstitut Seni Malaysia Melaka ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965. Diperbadankan pada 4 Mac 1994 dengan nama Akademi Seni Melaka dan didaftarkan di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Pada awal penubuhan aktiviti yang dijalankan ialah mengurus tadbir Kumpulan Kebudayaan Briged Seni dan menjalankan kursus kemahiran seni jangka pendek.

Akademi Seni Melaka telah menjalankan program Diploma dalam bidang seni. Akademi Seni kemudiannya ditukar nama kepada Institut Teknologi Seni Malaysia pada 10 Oktober 1997 dengan hasrat menggembangkan program pendidikan Diploma kepada teknologi seni.

Kerajaan Negeri Melaka telah menggerakkan Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) pada Februari 2001 dengan harapan dapat melahirkan warga Seni Melaka yang mempunyai jati diri dalam pelbagai bidang yang diamalkan penuh dengan disiplin dan bersopan.

Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) telah ditukar namanya kepada Institut Warisan Melaka (INSWA) pada 9 Januari 2019. Kini INSWA berfungsi memelihara, memartabat, memperkembangkan warisan seni budaya di Negeri Melaka dan Malaysia amnya.

  • Membantu meningkatkan taraf akademik dalam bidang seni budaya dan warisan kepada rakyat di Negeri Melaka amnya dan di Malaysia khususnya dan seterusnya mampu mengeluarkan produk karyawan dan seniman.
  • Melahirkan pelajar INSWA yang mampu menghayati, memperkembangkan bidang seni budaya dan warisan sehingga boleh diterima ke pusat pengajian tinggi.
  • Menyemarakkan semula warisan dan seni budaya Melaka kepada generasi muda seperti Dondang Sayang, Nazam, Tarian Etnik, Pantun, Silat, Puisi Melayu Tradisional, Teater dan sebagainya.
  • Menghayati, mendidik dan memperkembangkan warisan dan seni budaya kepada generasi muda masa kini.
  • Melahirkan insan yang kreatif, mahir dan terlatih agar dapat menyumbangkan kepada usaha – usaha memelihara, mengembangkan dan memantapkan kesenian di negeri Melaka dan Malaysia.
  • Membantu Kerajaan Negeri memperkembangkan dan memajukan industri pelancongan dengan mengadakan persembahan warisan seni budaya yang bermutu yang menggambarkan jatidiri rakyat negeri Melaka.

 

VISI :

Menjadi sebuah institusi yang terkemuka sebagai pusat kegiatan dan pengembangan dalam bidang Kebudayaan Kebangsaan terutama seni budaya yang menggambarkan warisan jatidiri Melaka dan Malaysia.

MISI :

Memperkembang serta memartabatkan warisan dan seni budaya melalui perancangan dan pelaksanaan program kajian seni budaya, seminar, bengkel, latihan, lawatan dan persembahan yang berkaitan dengan warisan dan seni budaya negeri Melaka khususnya dan Malaysia amnya.

MOTO :

“Mengimarahkan Seni Budaya dan Warisan Melaka”

 

Learn More

Institut Warisan Melaka (INSWA)

[email protected] ; [email protected]Email
https://inswa.com.my/Website
+606-286-0453Phone Number
+606-292-6340Phone Number
+606-292-6337Fax Number
Established since 1994Year of Establishment
Institut Warisan Melaka (INSWA) No.9, Rumah Kerajaan , Bukit Peringgit, 75150 MelakaAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati