Persatuan Rebana Keras Klebang Besar telah ditubuhkan pada 25 Ogos 1980 dengan dianggotai seramai 12 orang ahli sahaja. Permainan Rebana Keras ini berasal daripada Negara Arab iaitu dimainkan oleh orang-orang arab parsi semasa majlis perkahwinan, berkhatan atau majlis keramaian yang seumpamanya.

Permainan  Rebana Keras ini dipercayai bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi di mana orang-orang Arab yang datang berdagang pada zaman itu. Orang-orang Arab ini menjalankan aktiviti berniaga pada siang hari dan berhibur pada malam harinya. Rabbana adalah salah satu alat muzik yang digunakan oleh mereka untuk berhibur. Rabbana ini digunakan dengan cara memukulnya menggunakan rotan kecil.

Permainan ini juga dipercayai telah dimainkan semasa majlis perkahwinan Sultan Mahmud. Seorang pedagang Arab mendengar khabar tentang berita pernikahan anta Sultan Mahmud dengan Puteri dari Negeri China. Maka pedagang tersebut bercadang untuk memeriahkan majlis tersebut.

Setelah dipersetujui oleh pihak istana, maka semasa majlis perkahwinan tersebut, para pedagang tersebut telah mengadakan acara sambutan perarakan pengantin dengan permainan rabbana.

Masyarakat tempatan tertarik dengan permainan yang telah dipersembahkan semasa majlis perkahwinan Sultan Mahmud. Bermula dari situ permainan rabbana menjadi popular di kalangan masyarakat tempatan.

Masyarakat tempatan juga telah menukar namanya kepada Rebana Keras. Ini kerana lagu yang dinyanyikan serta pukulannya menggunakan nada yang keras. Permainan Rebana Keras ini sering dimainkan di majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, berkhatan, majlis sambutan dan sebagainya.

Kini permainan Rebana Keras ini telah mendapat perhatian Kerajaan Negeri Melaka. Persatuan ini telah diberi peluang yang besar dalam bidang seni dan budaya. Pelbagai aktiviti telah disertai seperti citrawarna,rakaman t.v,perarakan majlis-majlis yang diadakan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan sebagainya.

Sepertimana yang diketahui,  persatuan ini telah lama bergerak aktif di peringkat Negeri Melaka di bawah kelolaan Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Negeri Melaka. Ia bertujuan memelihara alay muzik tradisional agar tidak dilupakan dan dapat diperkenalkan kepad generasi yang akan datang.

Kini persatuan ini diketuai oleh Rahmat Bin Arshad dan juga akan diwarisi oleh empat anak lelakinya selepas ini dan seterusnya.

 

Learn More

Kumpulan Rebana Keras Klebang Besar

Encik Ahmad Yusof Bin RahmatContact Person
www.facebook.com/RebanaKerasKlebangBesarMelakaWebsite
+6016 6870 247Phone Number
+6012 9349 747Phone Number
124-1 BATU 3 3/4 KAMPUNG BAHAGIA KLEBANG BESAR, 75200 Klebang Besar, Melaka, MalaysiaAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati