LATAR BELAKANG MPITM
Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM) adalah merupakan sebuah NGO wanita yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 596.
MPITM telah didaftarkan pada tarikh 2hb Mei 2002 di atas arahan YB Senator Datuk Sri Shahrizat bt. Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga ketika itu melalui surat rasmi Kementerian rujukan HAWA-03/4/9-2 KLT6 bertarikh 19hb Disember 2001.
Penubuhan MPITM adalah merupakan sebahagian daripada usaha pihak Kerajaan untuk merealisasikan satu kaedah pemangkin golongan ibu-ibu tunggal yang terdapat di seluruh Negara serta juga untuk memastikan mereka ini dapat diberikan bantuan serta perhatian yang sewajarnya, selaras dengan misi pembangunan hal-ehwal wanita Negara. MPITM telah diberikan tanggungjawab dan peranan untuk menjadi satu badan induk serta penghubung utama diantara kumpulan sasar ini dengan pihak Kerajaan.
MPITM kini mempunyai sejumlah sembilan (9) persatuan dan pertubuhan ibu-ibu tunggal dari seluruh pelusuk Negara yang bernaung di bawahnya.
MPITM kini mempunyai sejumlah lapan belas (18 ) pertubuhan dan persatuan ibu-ibu tunggal dari pelusuk Negara yang bernaung dibawahnya.
Bilangan dan nama persatuan yang bergabung dengan MPITM:
- Pertubuhan Ibu Tunggal C.A.R.E. Negeri Johor Darul Takzim
- Persatuan Ibu Tunggal Johor Bahru
- Persatuan Ibu Tunggal Ummi Mawarnis Pasir Gudang Johor
- Persatuan Ibu Tunggal CARE Cawangan Ledang Johor
- Persatuan Ibu Tunggal CARE Cawangan Segamat Johor
- Persatuan Ibu Tunggal Mekar Batu Pahat
- Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal Negeri Sembilan
- Persatuan Ibu Tunggal Melaka
- Persatuan Ibu Tunggal Anggerik Murni Shah Alam
- Persatuan Ibu Tunggal Mawar Sugi Selangor
- Persatuan Ibu Tunggal Sayangku Sepang
- Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah WP dan Selangor
- Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal An-Nur Kuala Lumpur Selangor
- Persatuan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor
- Pertubuhan Ibu Tunggal Nurkasih Perak
- Persatuan Ibu Tunggal Terengganu
- Persatuan Ibu Tunggal Pantai Barat Sabah
- Persatuan Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan Labuan
Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM)
Pn . Hjh. Nor Aini JufferyContact Person | |
mpitm.blogspot.comWebsite | |
+607-3311477Phone Number | |
+6013-770 0217Phone Number | |
+607-3321477Fax Number | |
Established since 2002Year of Establishment | |
596Registration Number | |
No. 57-01 Susur Larkin Perdana 1 Taman Larkin Perdana 80350 Johor Bahru JOHOR Address |
