Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

MBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk menggalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.

OBJEKTIF

Objektif-objektif utama majlis ialah :

Menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara.

Merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia atau dengan pertubuhan belia antarabangsa.

Menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang.

Memupuk sikap bertanggungjawab, semangat patriotisme dan kesukarelawan di kalangan pertubuhan belia.

Menganjurkan dan menggalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini.

Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.

Learn More

Malaysian Youth Council (MYC) – Majlis Belia Malaysia (MBM)

[email protected]Email
www.belia.org.my Website
+603-9173 2761/63 Phone Number
+603-9172 5446 Phone Number
+603-9173 2759/64 Fax Number
PPM-014-14-26022009Registration Number
Wisma MBM, No. 1 Lake Road Queen 2, Bandar Tun Razak Kuala Lumpur 56000 Malaysia Address
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati