Adalah menjadi harapan Pertubuhan ini yang mana keahliannya terdiri daripada anggota pekerja wanita dan para Isteri anggota pekerja lelaki Johor Corporation dan anggota pekerja wanita syarikat dalam kumpulannya untuk memberi khidmat bakti serta merapatkan lagi kasih sayang sesama mereka yang memerlukan khususnya anak-anak yatim, orang miskin dan yang kurang bernasib baik disamping untuk memberikan perhatian dan kasih sayang kepada mereka.

Berdasarkan kepada tanggungjawab serta harapan ini maka Persatuan ini mengambil langkah untuk mendirikan Rumah Anak yatim dan Kurang Bernasib Baik di Pasir Gudang, Johor Bahru yang dikenali sebagai “DARUL HANAN” yang bermaksud “RUMAH KASIH SAYANG”. Darul Hanan merupakan sumber inspirasi kepada keahliannya untuk mewujudkan masyarakat penyayang.

HARAPAN

  1. Untuk membela nasib mereka yang kurang bernasib baik semoga mereka menjadi ahli masyarakat yang dapat membina dan membela bangsa dan keluarga.
  2. Harapan Darul Hanan agar dapat terus menjadi tempat `berteduh’ yang memberi sinar kepada anak-anak yang kurang bernasib baik dan memastikan anak-anak penghuni Darul Hanan dapat memperolehi kehidupan yang lebih sempurna untuk masa depan mereka.
  3. Diharap anak-anak Darul Hanan dapat menerapkan nilai-nilai kekeluargaan yang positif sesama mereka dan keakraban silaturrahim agar tidak berputus apabila mereka keluar dari Darul Hanan kelak.
  4. Ingin melihat lebih ramai anak-anak Darul Hanan memperolehi kejayaan di dalam bidang pelajaran dan berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi.
  5. Lebih ramai yang sudi tampil untuk memberi sumbangan kepada Tabung Pengurusan Darul Hanan bagi membiayai kehidupan dan pembelajaran anak-anak di sini dan mengalu-alukan sumbangan didalam bentuk wang ringgit dan kebendaan.

OBJEKTIF DARUL HANAN

  1. Menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat khususnya anak-anak yatim dan miskin yang belum mendapat perhatian dan perlindungan.
  2. Penekanan ke atas pembelajaran bagi mencapai taraf kehidupan yang lebih baik .
  3. Menerapkan nilai-nilai kekeluargaan yang positif bagi membendung masalah sosial di kemudian hari.
  4. Mendokong konsep masyarakat prihatin dan masyarakat penyayang.
  5. Bekerjasama dengan persatuan, pertubuhan dan badan-badan lain yang berdaftar dan mempunyai tujuan yang sama.
Learn More

Persatuan Kebajikan Darul Hanan Johor Bahru

Cik Intan Safinaz bin SusinContact Person
[email protected]Email
www.darulhanan.com.myWebsite
+607 2521689 ; +607 2520596 Phone Number
+6011-1762 0429Phone Number
+607 2511 504Fax Number
PPM-010-01-16041994Registration Number
Jalan Masjid, 81700 Pasir Gudang, JohorAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati