Siapa kami

Sejarah penubuhan ini tercetus dari Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ledang. Disebabkan Daerah Ledang telah diisytiharkan pada 9hb. Jun 2008, maka sudah sampai masanya Pertubuhan Kebajikan Anak – Anak Yatim Islam Ledang (PEKAYIL) ini dimulakan.

Justeru itu, satu Jawatankuasa “Penubuhan” telah dibentuk. Jawatankuasa ini telah dipisahkan dari Jawatankuasa Induk dan dijadikan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar yang mempunyai Undang-undang dan Perlembagaannya sendiri. Pertubuhan Kebajikan Anak – Anak Yatim Islam Daerah Ledang, ringkasnya (PEKAYIL) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 7hb Julai 2008 dan majlis pelancaran penubuhannya telah pun disempurnakan oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Haji Othman, Menteri Bersar Johor di Masjid Jamek Serom 3, Serom pada 15hb September 2008.

Urusan menyediakan Perlembagaan dan Undang – undang PEKAYIL bermula dengan merujuk Perlembagaan PEKAYIL Daerah Muar, Daerah Segamat dan Daerah Jasin. Jawatankuasa Pengurusan Perlembagaan dan Undang – undang PEKAYIL berjaya menguruskannya ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Johor Bahru pada 20hb November 2008, pihak pendaftar telah meluluskan Pendaftaran Pertubuhan pada 2 Mac 2009 melalui surat PPP/JH0239/08(6) No. Pendaftaran 0370-09-JHR.

Selain daripada itu PEKAYIL telah membuat permohonan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (Bahagian Zakat, Baitulmal dan Wakaf) mohon kebenaran untuk mendirikan bangunan pada 10hb November 2008. Permohonan tersebut telah diluluskan pada 7 Januari 2009 di Tapak Wakaf Am Lot 1340GM 3098 di Kampung Anjung Batu, Mukim Tangkak.

Atas keprihatinan YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Haji Othman, Menteri Besar Johor telah meluluskan Tanah Pertanian (Sawit) kepada PEKAYIL melalui Pentadbir Tanah Daerah Ledang 9hb Oktober 2008, atas nama PEKAYIL melalui surat bil. R/M 2196/2008 Lot No. PTD 17165 bertarikh 26/11/2008 – 46.39 hektar (114.64 ekar) di Kampong Seri Maamor Mukim Tangkak.

Pada 12hb Februari 2009 PEKAYIL telah pun mengemukakan permohonan pengambilan balik tanah (PTB) di Lot. 1338 dan 1339 di Kampung Anjung Batu Mukim Tangkak bersebelahan Lot 1340 kepada Kerajaan Negeri Johor melalui YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Haji Othman, Menteri Besar Johor tujuannya adalah untuk memperluaskan tanah yang sedia ada dan mempermudahkan pengurusan pembesaran bangunan di masa hadapan.

Learn More

Persatuan Kebajikan Kasih Sayang Anak-Anak Yatim Johor (PEKAYIL)

[email protected]Email
pkayil.blogspot.comWebsite
+606 978 5667Phone Number
+6011-1063 5667Phone Number
+606 978 5668Fax Number
Established since 2008Year of Establishment
PPM-029-01-02032009Registration Number
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang Bangunan Koperasi Mukim Tangkak Berhad,Head of Organisation
No 341 Atas, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor Darul TakzimAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati