Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif di dalam pelbagai projek amal dan kesukarelawan semenjak tahun 2010. Kini kami disertai oleh 4 orang sahabat lain menjadikan 7 orang kini di dalam pasukan Projek Iqra’.
Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita.
Selain itu Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfaat.
Learn More

Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia

[email protected]Email
projekiqra.com/Website
016-2065597 (Suhaimi)Phone Number
017-2748904 (Sharifah)Phone Number
PPM-006-14-25012013Registration Number
11-1 Jalan Pandan Cahaya 1/1 Taman Pandan Cahaya 68000 Ampang SelangorAddress
Visit Us

 
Every donation is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.