Siapa kami

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan yang berdaftar secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan (Pendaftaran 1569 Selangor) pada 27 Jun 1961, dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan pada tahun 1963 namanya ditukar seperti yang ada sekarang.

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia ditubuhkan pada 31 Mac 1961 bertempat di Asrama Kedua, Universiti Malaya. Penubuhan PKPIM telah diusahakan oleh sekumpulan 10 orang pelajar dari 5 buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur, Maktab Pertanian Malaya, Kolej Islam Malaya dan Maktab Perguruan Bahasa bertujuan menggabungkan semua persatuan pelajar Islam tanah-air dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan pelajar-pelajar Islam di Persekutuan Tanah Melayu.

Matlamat kami

Penubuhannya di bertujuan untuk menjadi wakil pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu membuat hubungan di peringkat kebangsaan serta dengan lain-lain persatuan pelajar Islam di luar negara. Manakala kekuatan PKPIM terletak pada iltizam dan komitmen serta kesediaan ahlinya untuk menggerakkan PKPIM dengan konsep dakwah tanpa sebarang kepentingan diri.

Sejak ditubuhkan hinggalah ke saat ini, dasar pergerakan PKPIM tetap berlandaskan kepada Al-Amr bil Ma’ruf dan an-Nahyu a’nil Munkar, selaras dengan tujuan penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi.

Perjuangan PKPIM tidak terbatas pada golongan pelajar, tetapi lebih luas termasuk cuba mencari penyelesaian terhadap masalah Ummah dan kepentingan sejagat. Antara sumbangan terpenting PKPIM ialah gagasan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa yang pertama di negara ini yang diusahakan dalam Kongres Kemajuan Islam Semenanjung Malaysia yang dianjurkan oleh PKPIM pada tahun 1966.

PKPIM juga menjalinkan jaringan utuh sebagai salah satu badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang aktif dalam aktiviti pembangunan belia. Malah beberapa tokoh pimpinan PKPIM pernah menjawat jawatan Presiden MBM. Jaringan PKPIM diperluaskan di peringkat antarabangsa di mana turut menjadi badan gabungan aktif dalam Himpunan Belia Islam Sedunia (World Assembly of Muslim Youth-WAMY) dan menjadi anggota gabungan kepada Persekutuan Pelajar-Pelajar Islam Antarabangsa (International Islamic Federation of Student Organisation-IIFSO) sejak 1971, dan juga penaja kepada penubuhan Persekutuan Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara (PEPIAT).

PKPIM hingga tahun 2011 telah mencapai usia 50 tahun dan masih bergerak aktif dengan rangkaian yang cukup meluas dengan wujudnya badan gabungan PKPIM hampir setiap negeri dan kampus. Malah kerangka perjuangan PKPIM bukan sekadar disini namun meliputi jemaah yang lebih luas dengan kewujudan ABIM yang kini telah mencapai usia 40 tahun dan WADAH yang terdiri dari senior-senior PKPIM dan ABIM. Oleh itu PKPIM akan terus berbakti sesuai dengan motonya “HIDUP BIAR BERJASA”.

Learn More

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

[email protected]Email
www.pkpim.org.myWebsite
603 2282 7776Phone Number
603 4142 2053 Fax Number

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati